Tuesday, September 2, 2014

It Has Been A Gazillion While...

... and suddenly I write again.

Alah. Blog picisan, kau update atau tak, bukan ramai peduli. Tapi yang sikit yang memberi perhatian tu memang saya sangat sayang. 

Eirsa.

Eirsa ni sebenarnya boleh dikatakan benyek sikit la. Benyek ni macam lembik sikit; her solution to everything in the world is menangis dan merengek. May be being the first and 3+ years without any siblings dan dimanjakan. Well. Not really dimanjakan, I have to say that we are quite strict about certain things juga la. Tapi tu la, tetap mengungguli tumpuan selama tiga tahun lebih.

Dan dengan adanya Eivie, she took quite some (long) times to adjust in sharing love and attention with someone else. Not quite easy but alhamdulillah, improving from time to time. As of Aug 2014, mereka berdua kini sudah menjadi teman bermain walaupun adakalaselalunya menjadi teman berebut dan bercakaran.

Eirsa.

Kalau dia dah merajuk tu, nak memujuk memang satu hal yang berbeza yang menuntut level kesabaran yang tinggi. Dulu memang aku hangin. Sebab eh kau dah kenapa nak merajuk tak bersebab. Tapi tu lah, penyeselesaialan untuk merajuk Eirsa ni memang sangat bukan dengan marah lagi, pukul apatah lagi. Dia akan lagi buat keras, melalak lebih deras. Memang kena pujuk secara halus sambil mencucukkan jarum psychology. 

Seharusnya tiap kali dia menangis dan merajuk, perlu dibiarkan terlebih dahulu. Biar dia tahu yang salahnya tetap ada, yang menangis dulu kau kat situ biar kau sedar hidup ini tidak mudah. Dan kemudian secara sedikit-sedikit mendekati dia dengan tegas. Kemudian peluk. Kemudian bersayang-sayang. Keadaan akan reda dalam 5-10 minit. Usah terburu, tidak elok untuk keadaan emosi aku dan Eirsa. Setelah itu baru mula bertanya dan menerangkan punca, sebab dan cara mengatasi. Wah!

Dan semalam masa aku kopekkan buah duku-langsat untuk dia, kami berbual-bual di meja makan. Hanya aku dan Eirsa (dia sukakan exclusivity seperti ini). Seronok berbual apabila dia bersikap attentive. Ya, dia mahukan duku-langsat yang sedang dikopek, oleh itu dia akan menanti dan lebih attentive. Masa seperti ini adalah masa terbaik untuk kami berbincang hati ke hati. 

Why did you cry? (Mommy marah). 
Why mommy marah? (Sebab Eirsa tak listen to mommy). 
Kalau Eirsa listen to mommy, mommy marah tak? (No).
Are you a good girl? (Yes. At school, teacher said Eirsa not good).
Which teacher? (Teacher V).
Why teacher said Eirsa not good (Sebab Eirsa not good dance).
But I like it when you dance. You are good!
Did Teacher V gave you stars when you did you homework? (Yes. But one only)
But Teacher V gave one star to your friends juga, kan? (Yes)
So, that means Teacher V says that Eirsa is good, your friends are good too.
Eirsa not good in dancing, but it's ok. Mommy pun ada teacher. Teacher said mommy dance not good. But it's ok. Mommy try again try try and try. And later teacher said mommy's dancing was good! (Silent)
So, Eirsa can be like mommy too. Mommy tak cry. Eirsa's dance not good but can you read? (Yes).
Can you count? (Yes).
Can you color? (Yes).
Can you run and jump and have fun? (Yes).
Waaaa! See! You are very good! (Laugh in pride).

And the conversation was continued with things about her good time jumping and running at the playground. Distraction is unavoidable when you are talking with preschoolers. Haha.

I do hope she always come back to me whenever she has any problems. Any. 

Always be my baby and friend.

Thursday, May 22, 2014

Eirsa's Sketches

Like your kids, my 5 yo pun dalam peringkat suka melukis dan menulis. Masa mula-mula tahu menulis, asik menulis je kerja, well, more to menconteng. Kemudian pandai menulis, kemudian pandai melukis. Pandai here means apa yang dilukis tu kau boleh la nak tafsirkan. So being a biased mommy obviously, I use the word pandai. Gasak.

Tapi tang mewarna, tak perlulah bercita-cita tinggi nak hantar dia ke pertandingan mewarna. Memang tak de kesobaron dia nak warna cantik-cantik. Dulu lagi la, lukisan entah ke mana, warna entah ke segala tempat. Markah ujian mewarna Eirsa mau ada yang dapt separuh. Itu pun kira untung teacher nak bagi markah kesian. Lama-lama ok sikit. Dan skill mewarna dia nampaknya terhenti sampai level ok sikit je. Tak kisah la sangat pun sebenarnya.

Lately dia sangat sangat suka melukis. Or if I can say, she loves to sketch. Not necessarily be super pretty but most of her sketches are comprehensible. She can even sketch gambar orang lidi tak tahan nak kencing, ok! Hahaha. So cute, so making-me-proud (well, as a mommy, what else), so helpful. Helpful in the sense that being gadget-less (parents' phones are for parents only. hah hah hah..) our dining-out can be sometimes disastrous. Mula-mula memang kelam-kabut tapi lama-lama ok. Sebab tu when she starts sketching (and Eivie starts scribbling. Gasak janji dua-dua sonyap), our dining-out sessions are more enjoyable.

Bukan kata kami mak bapak anti-bagi-anak-main-gadget, tapi buat masa ni budget yang diperuntukkan untuk menggembirakan anak-anak masih ke arah lain, bukan gadget. Pendek kata, bukat setakat budget nak beli iPad untuk anak-anak belum ada lagi, budget untuk beli gadget mak bapak (selain handphones) pun tak pernah diadakan lagi. Opah and atuk Eirsa ada iPad, boleh la mereka menumpang manja. Kakakaka.

And I love Eirsa being more expressive through her sketches.

Ini adalah antara hasil kerja Eirsa. Tafsirkan.

(ada banyak gila lagi tak larat aku nak scan, kadang-kadang berulang gambar-gambarnya).














Tuesday, May 20, 2014

Bontot, Bonta dan Perang.

Apakah itu 'bonta'?

Bonta adalah satu perkataan yang dicipta oleh si dua tahun lebih Eivie. Asalnya pada satu-satu ketika dia sangat suka sebut perkataan bontot. Entah kenapa sedap bebenor agaknya sebut perkataan bontot lalu segala perkara yang disebut akan dikaitkan dengan bontot. Yang paling selalu "Mommy bontot." I die.

Oleh itu, setelah ditegah beberapa kali (tegahan yang paling laku : Eivie cannot say bontot, saying bontot is not nice.), beliau masih lagi cuba menggunakan perkataan bontot. Namun begitu, setiap kali terkeluarnya suku kata 'bon', mommy akan memberi renungan tajam atau meng'Eivieeee-nak-cakap-apaaaa?'kan beliau, beliau akan terus menukar perkataan bontot kepada bonta. Lalu sehingga kini perkataan bonta menjadi kegemaran.

Kadang-kadang, si lima tahun Eirsa juga turut mahu menceburkan diri dalam kegembiraan penggunaan perkataan bonta ini. 

Contohnya pagi tadi. Dalam kereta, seperti sehari-harian anak-anak berdua ini mengharungi kesesakan trafik di Kuala Lumpur dari rumah menuju ke taska.

Eirsa menyebut-nyebut perkataan bonta dalam kegembiraan. Sekonyong-konyong Eivie menyampuk, "Bonta is not nice." 

Eirsa lawan, "Bonta is nice, bontot is not nice." 

Eivie sahut, "Bonta is not nice." 

Eirsa mengadu pada papa, "Papa, bonta is nice, bontot is not nice, kan?" 

Papa balas, "Yes." 

Eivie masih mahu menyahut, "Bonta is not nice." 

Eirsa berusaha lagi, "Eirsa dah ask papa, papa said bonta is nice."

Eivie, masih lagi, "Bonta is not nice."

Dan anda boleh bayangkan aksi perang mulut seterusnya.

Tuesday, February 4, 2014

Gambar-gambar Gonjeng

Balik kampung hari tu selak-selak album terjumpa gambar-gambar gonjeng aku. Banyak lagi sebenarnya, terutama sekali album masa zaman sekolah rendah dan sekolah menengah. Tapi mana entah tercampak album-album yang lebih menggeletek hati kalau ditengok semua tu entah.

Aku tak kan nak simpan keseronokan menggelakkan gambar gonjeng sendiri sorang-sorang, ye dak? Mestilah nak share dengan kawan-kawan paparan gembira ini.

Moh le kita tengok gambar-gambar ni semua.

Praise Lord for the creation of camera and printer.

Akak (skirt pink bersinar), Along (baju jenama Asics tuck in dah habis stylo dah la masa tu), Aku (the Rosmah-look-alike-hair, the cropped jeans, could never go wrong, right? *flips shawl*), Yani (dress purple, mak jahit, gigi sebatang hilang).

Along and yours truly. I was a small baby. And I still am small, tapi dah gebu dek lemak. This picture was taken when we were at Kampung Selayang Baru.

Akak and yours truly. Amboi, baju kebaya kilat merah jambu ni memang kegemaran aku sangar masa zaman-zaman ni. I first had this when I participated in persembahan tadika and was my highlight of the life since then. Pergilah event-event yang grand, memang baju ni lah aku tala. Eh, banyak ke event grand tu? Kikikiki..

Aku, Along, Akak. Another adik-beradik berdiri dan duduk tegak style of picture pada zaman itu, di kenduri kahwin salah seorang mak atau bapak sedara. Mana nak ingat yang mana satu. Kami adik beradik yang lahir sebelum raaaaamai lagi sepupu-sepupu mak kahwin. Lalu kami selalu mengunjungi kendiri kahwin sedara-mara sejak dari kecil lagi.
Baju aku dan Akak mak jahitkan (that's why I always believe that I also have talent in sewing but I yet have the time to prove it), bedak seinci memang wajib kalau tak tak shantek, ok! 

Mak kata Suhana Ani yang pada masa bayi memang sangat lasak. Panjat sana, panjat sini, aku pun tak tahu apa masalah dia. Dah ada anak sendiri rasakan, Eirsa dan Eivie, sebiji tiru perangai mak diaorg. Terutama si Eivie.  -__-"

Aku dan Akak. And what's up with me in many red outfits? Aku pun tak tau. Habis glamer dah kot warna merah ni kat mata aku. Oh ya. Rambut aku memang jenis yang wild wild west. Lalu memang suka bercekak sebab konon nak nampak effect rambut lebih lurus. Puih. Selalu je cemburu dengan rambut dak Akak ni, sebab lurus dan boleh simpan panjang.

Aku dan Akak yagi (lagi, Eivie's version). Ini pada masa kami di rumah Kampung Selayang Baru, Selangor. Beberapa tahun lepas tu, semua kena hangkut balik Kampung Bertam Hulu, Melaka.

Yours truly. Air lior menjejeh. But I know, she was and still pretty.

Wednesday, January 15, 2014

33 Tahun Punya Cerita (Fast Forward Version)

1) Mak aku dulu tak perasan mengandungkan aku sampai kandungan 5 bulan. Sebab masa tu kakak aku baru je umur 9 bulan.

2) Mak aku dulu terpaksa bersalinkan aku atas troli hospital sebab aku ni jenis tak sabar nak tengok dunia. 

3) Tapi nasib baik juga perangai gelojoh aku macam tu, tak perlu mak aku nak rasa sakit bersalin lama-lama. SAKIT GILA OI!

4) Dalam kepayahan mak yang ibu tunggal nak jaga anak semua, alhamdulillah, kami adik beradik semua ok, dan menjadi. Tidaklah mewah tapi alhamdulillah, tak seorang pun yang menyusahkan keluarga, agama, masyarakat dan negara.

5) Harapnya dalam 33 tahun ini (dan masa akan datang), aku tak susahkan mak sangat. Aku tau aku bukan anak yang baik sebaik-baiknya. Kau tahu lah simtom anak yang tengah, seorang abang, seorang kakak, seorang adik perempuan, seorang adik lelaki. Yang paling ketara, perangai degil.

6) Harapnya aku takkan lupa semua jasa mak, bermula dari mak mengandungkan aku, mak kena pulak menahan daripada tak terbersalinkan aku dalam kereta, saaaaampai lah sekarang. Banyak oi 'hutang' aku kat mak 

7) Terima kasih Allah sebab bagi aku rezeki nak ke sekolah menengah berasrama yang perbelanjaannya ditanggung penuh (dapat bantuan pelajar miskin), kemudian dapat pula biasiswa masa di universiti. Tu pun masa sekolah menengah dalam keadaan yang masih tak peka dan tuli dengan kesusahan mak, aku kadang-kadang minta jugak mak duit nak beli benda yang lebihnya sebab terikutkan kawan. Dan kemudian mak jugak la nak hadapkan aku ni nak bertunang, kahwin dan masa nak bersalin pun mak jugak datang hospital temankan dan jaga dalam pantang.

8) Moga mak ampunkan semua dosa aku yang aku tau bukanlah sedikit malah mungkin sentiasa bertambah.

9) Harapnya Allah makbulkan doa aku nak bagi mak rasa benda-benda yang indah kat dunia ini dan doa aku supaya Allah menjaga mak aku di akhirat nanti.

10) Harapnya Allah bagi aku segala peluang, kekuatan, ketabahan, kewangan yang cukup, untuk menjaga mak masa mak dah tua nanti, dalam keadaan yang selesa. By all means, she deserves it.

Amiiin.

Happy birthday, dear me.


Friday, January 10, 2014

Bowling, Eirsa and Eivie's First Time!

Well, Eivie bukan lah menghiraukan sangat permainan bowling ni. She's more running here and there, touching as many things as she could and achieving her best escape of 1/4 of a bowling alley. Dalam sekelip mata, ok. Dalam pada dia dekat depan papa tengah tengok bola bergolek, ok. Nasib baik papa sempat kejar dan tergolek atas lane. Lane tu kan ke licin. Haih.. Eivie.. Eivie..

At first she said, "Eirsa sit here only. Papa and mommy mayen (main), ok?" Tapi lepas dapat golekkan bola sekali, terus addicted. Longkang pun longkang lah. 80% of the games pun masuk longkang, but she enjoyed it! Tapi dia tak reti nak grip dan lempar lagi, tak pe, next time. Mommy pun tak plan nak bawak selalu, so tunggu lah beberapa bulan lagi, kot la masa tu jari dah besar dan kuat sikit.




 



Wednesday, January 8, 2014

Baking Projects, Our First Time!

Rumah kami tak dak oven. Microwave oven tu bukan oven sejati ye.

Oleh itu, tak selalu lah kami membakar kek.

Bakar kek guna periuk nasi ni dah lama dah tau. Sejak dari beli periuk nasi, iaitu 4 tahun lepas. Ni baru terfikir nak bake, tu pun sebab nak ajak Eirsa join sekali.

Eirsa tak de la kelihatan teruja sangat, sebab dia tak gemar sangat benda-benda yang comot ni (buat sepah rumah tak pe, sebab tak kena kat dia comot-comot tu, kena kat lantai, dinding, almari and whatnots je. pffftt.) Tapi aku yang teruja. Sebab nak tahu keputusan macam mana. Turned out menjadi weh! Not bad at all! Boleh tahan sodap, walaupun tak rasa pisang sangat sebab aku pakai pisang Dole kot. Tak pe, next time boleh cuba lagi.

Cream cheese aku beli instant je, gasak.











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...