Monday, September 8, 2014

Calories Burning - The Alternative

What did you do when you go to Ikea?

Getting some ideas?
Window-shopping?
Browsing?
Actually DID some shopping?
Budgeting?
Killing time?
Bonding time?
Looking at people's behavioral (wow!)?
Pretending to know about stuffs?
Taking measurement?
Taking measurement for a millionth times?
Taking selfies and posting it to social medias? (dengan niat bermegah-megah aku-dah-sampai-sini-hoi! atau mungkin tidak, saya tidak judge anda)
Planning for the new house?
Planning to revamp the current house?
Planning to revamp your mom's house for as a surprise birthday gift?
Dreaming?

Or.

Sleeping, like these two did?






I was actually scheduled for a 5km running->jogging->walking->crawling TM Fan Run last Saturday. But I've got chickened out several weeks prior to the event, disebabkan langsung tak training hapah benda hamjadah pun sejak bulan puasa. Kot ye pun semangat kobar, aku masih kenal hati budi stamina sendiri.

Thus, I scheduled another form of calories burning activity cum aktiviti menggembirakan anak-anak cum tengok calon-calon perabot untuk rumah cum breakfast session; at Ikea.

Arrived at 8.40am, breakfast started at 9.00am, continued buat macam rumah sendiri di seluruh pelosok Ikea afterwards until 12.30 pm. After acah-acah surveying (survey apakah namanya kalau 80% of the time entertain budak-budak sahaja), one thing for sure; we needed to find other candidates for our dining set and sofa. It's either the price didn't suit with our budget or the cheaper options were not at par with our angan-angan tinggi tak sedar benchmark. And another thing for sure, benda-benda yang pasti akan dibeli di Ikea memerlukan satu lagi sesi membeli-belah yang lebih serius dan fokus dan tenang dan waras (read : sesi tanpa anak-anak). And another another thing for sure, the kids had fun there, lalu kuota bergembira mereka telah dipenuhi untuk minggu ini.

Lagi gambar-gambar kegembiraan.

Lagi 8 minit sebelum pintu dibuka. Ni yang dinamakan pepagi lagi dah pergi beraya rumah orang tuan rumah pun tak bangun lagi.

Dah besar sikit, layankan je permintaan untuk guna pisau garfu sendiri, dengan pemantauan secara terperinci dan kadang-kala boleh mengundang sakit hati si pemakai.

Yang ini pun sama. Asalnya mahu taraf yang sama dengan si 5 tahun Eirsa, padahal awak baru 2 tahun, pisau lebih panjang dari lengan. Sebagai alternatif, mommy bagi peluang bercomot-comot menyuap sup sendiri. And Ikea was being thoughtful by supplying this disposable bib for free!
Dan ada kalanya budak-budak ni tak nak makan. Mak dan bapak kau kena la lebih kreatif bagi menampakkan aktiviti memakan itu adalah satu aktiviti yang menggembirakan, bukan setakat aktiviti bermain sahaja ya menggembirakan. Berikan kayu aiskrim/pengacau kopi, lalu jadilah lollisausagepop. 
Acara wajib, lebih kurang highlight of the day. Gitu. Sekarang aiskrim ni dah semakin murah, RM0.80 sahaja.

Friday, September 5, 2014

Nah, Ambillah!


Ke hadapan suami, anak-anak, mak, mak bapak mertua, adik-beradik dan kawan-kawan yang tersayang.

Saya telah mendaftar untuk mendermakan organ-organ yang yang masih elok, kepada mereka yang memerlukan, setelah saya meninggal dunia kelak.

Kenapa saya melakukan semua ini? Kenapa?? Oh. Usahlah begitu dramatik. Kosser mak.

Untuk saya, saya tahu tidak banyak bekal pahala yang saya kumpulkan untuk menghadapi kematian dan hari akhirat kelak. Beg bekalan iman saya yang sekarang selalu saja bocor. Saya jahit tang sini, rompong tang sana. Saya jahit tang sana, rongak tang sini. Beg iman saya tak kuat. Oleh itu harapnya Allah akan mengisi lagi beg amal kebaikan saya dengan pahala-pahala indah melalui pendermaan ini. I'm also the type who believes that if I no longer require something, that thing might always be useful to somebody else.

Untuk suami, anak-anak, mak, mak bapak mertua, adik-beradik dan kawan-kawan tersayang, saya berharap sekiranya organ saya didermakan kelak, anda semua akan dimaklumkan tentang siapakah penerima organ-organ saya yang tersebut, supaya kalian boleh mengenang saya dalam bentuk yang berbeda selain dari gambar-gambar kaku dan video-video yang tak tergapai tangan. Semoga kita sentiasa dekat sepertimana saya bersama kalian ketika hidup. Langkah meng-klik link borang penderma organ ini dari tweet seorang doktor lalu terdetik untuk mengisi borang dan seterusnya menghantar borang berkenaan secara maya, harapnya dapat memberi serba sedikit semangat, keyakinan dan dorongan untuk anda semua membuat perkara yang sama. Organ kita yang baik itu janganlah dibazir-bazirkan setelah kita mati kelak, kerana begitu ramai sekali yang memerlukannya.

Untuk mereka yang bakal menguruskan proses pendermaan organ saya setelah saya pergi menemui Ilahi nanti, harapnya dapat disegerakan segala proses yang berkenaan supaya tidak mengganggu proses pengkebumian saya, oleh waris-waris saya nanti. Tidak sanggup rasanya saya mahu membiarkan suami, anak-anak, mak, mak bapak mertua, adik-beradik dan kawan-kawan melalui masa yang lama dan proses yang pelbagai apatah lagi menyusahkan, untuk mereka menguruskan jasad saya hanya kerna saya telah mencarum dengan skim ini. Jangan disusahkan mereka, ok? Promise me?

Untuk penerima organ-organku satu hari nanti, harapnya organ-organ saya dapat membantu anda hidup dengan lebih bersemangat lagi. Jangan sia-siakan harapan saya dan semua kesayangan saya!

Thursday, September 4, 2014

Never A Perfect Daughter

Aku suka tiap kali berbual dengan mak. Bukan mahu menjadi cliche yang mendambakan orang memuji 'amboi baiknya you ni selalu ambil tahu pasal mak you, untung mak you ada anak macam you'. Tak bukan macam tu. No.

Tapi memang aku suka berbual dengan mak, tiap kali berbual dengan mak seolah-olah aku berada di satu dimensi yang lain. Hanya aku, mak, iPhone5 aku dan gagang telephone cordless mak di kampung. Bergosip lah kami bukan main lagi, bukan pasal artis sebab aku ni bodoh sikit nak bercerita hal perkembangan artis, tapi gosip perihal yang senang-senang. Pasal perkara sehari-hari, pasal keluarga kami, pasal keluarga orang lain, pasal keluarga tok sidang rumah depan, pasal keluarga menteri, pasal semua lah. Kadang-kadang bergaduh juga kami tapi syukur kepada Tuhan, buat masa ini aku masih lagi sedar diri yang siapalah aku tanpa Puan Sabariah Abas, lalu setiap kali aku berasa hangin, aku akan hembuskan (read : bukan kentut) hangin itu jauh-jauh.

Aku telefon mak tak selalu. Dua tiga kali dalam seminggu. Balik kampung pula, sekali dalam sebulan.

Eh kau ni, tak baik kau buat kat mak kau macam tu, kena la telefon selalu, hari-hari ke, balik kampung seminggu sekali ke.

Kau yang bercakap tu, jika kau wujud, kau diam situ. Sesungguhnya jika diberi peluang, memang aku akan buat. Tapi buat masa ini, mungkin aturan seperti ini adalah yang terbaik untuk kisah percintaan kami. Sehari-hari juga adik-beradik ada beri updates di whatsapp group kami, lalu tidaklah berasa ketinggalan. Oleh itu buat masa ini, the systems works fine. 

Ok. Sebenarnya post ini memang hanya sekadar luahan perasaan sahaja. Sebab dari semalam belum dapat telefon mak dan bercakap betul-betul selama hampir sejam seperti biasanya. Lalu belum sempat mendengar kisah beliau hampir bergaduh dengan pekerja TM tentang telefon rumah yang dah rosak tapi tak dibetulkan.

Ini emak saya sewaktu kami di Hong Kong. Menjadi cita-cita saya untuk membawa emak berjalan-jalan ke mana-mana tempat di seluruh dunia, yang termampu oleh kami. Harap Allah bagi kami peluang ini.

Nota : Ini cerita semalam. 

Wednesday, September 3, 2014

Si Penghibur Hati

Eivie sudah mula bercakap patah perkataan yang boleh difahami oleh seorang dewasa seawal umur setahun empat bulan.

Mau kau tak terperanjat kami laki bini bayi tak sampai setahun setengah dah pandai bercakap. Sebab Eirsa dulu memang keluar perkataan Jerman semata-mata. Dan kadang kala mungkin Rusia. Sampai umur dia dah nak dekat tiga tahun baru boleh faham butir perkataan.

Disebabkan Eivie dah pandai cakap seawal umur itu, maka setahun lebih selepas itu yakni sekarang, dia dah sangat petah bercakap. Macam orang tua-tua. Nasib baik mak dia tak tua sangat. Eh.

Setiap hari tu mesti ada benda baru yang terkeluar dari mulut Eivie. Memang sangat menghiburkan!

Dan beberapa minggu lepas.

Mommy, I want to go downstairs.

Upstairs lah Eivie.

I want to go upstairs.

There's nobody upstairs lah. Everybody is downstairs. Semua nak makan.

I want to go upstairs. Yesbody upstairs mommy, yesbody upstairs. Ha see? Yesbody upstairs. Ha. Atuk ada. See?

Masa dia berjaga, aku sangat terhibur tapi lelah menjaganya. Masa tidur, rindu sangat rasanya.

Tuesday, September 2, 2014

It Has Been A Gazillion While...

... and suddenly I write again.

Alah. Blog picisan, kau update atau tak, bukan ramai peduli. Tapi yang sikit yang memberi perhatian tu memang saya sangat sayang. 

Eirsa.

Eirsa ni sebenarnya boleh dikatakan benyek sikit la. Benyek ni macam lembik sikit; her solution to everything in the world is menangis dan merengek. May be being the first and 3+ years without any siblings dan dimanjakan. Well. Not really dimanjakan, I have to say that we are quite strict about certain things juga la. Tapi tu la, tetap mengungguli tumpuan selama tiga tahun lebih.

Dan dengan adanya Eivie, she took quite some (long) times to adjust in sharing love and attention with someone else. Not quite easy but alhamdulillah, improving from time to time. As of Aug 2014, mereka berdua kini sudah menjadi teman bermain walaupun adakalaselalunya menjadi teman berebut dan bercakaran.

Eirsa.

Kalau dia dah merajuk tu, nak memujuk memang satu hal yang berbeza yang menuntut level kesabaran yang tinggi. Dulu memang aku hangin. Sebab eh kau dah kenapa nak merajuk tak bersebab. Tapi tu lah, penyeselesaialan untuk merajuk Eirsa ni memang sangat bukan dengan marah lagi, pukul apatah lagi. Dia akan lagi buat keras, melalak lebih deras. Memang kena pujuk secara halus sambil mencucukkan jarum psychology. 

Seharusnya tiap kali dia menangis dan merajuk, perlu dibiarkan terlebih dahulu. Biar dia tahu yang salahnya tetap ada, yang menangis dulu kau kat situ biar kau sedar hidup ini tidak mudah. Dan kemudian secara sedikit-sedikit mendekati dia dengan tegas. Kemudian peluk. Kemudian bersayang-sayang. Keadaan akan reda dalam 5-10 minit. Usah terburu, tidak elok untuk keadaan emosi aku dan Eirsa. Setelah itu baru mula bertanya dan menerangkan punca, sebab dan cara mengatasi. Wah!

Dan semalam masa aku kopekkan buah duku-langsat untuk dia, kami berbual-bual di meja makan. Hanya aku dan Eirsa (dia sukakan exclusivity seperti ini). Seronok berbual apabila dia bersikap attentive. Ya, dia mahukan duku-langsat yang sedang dikopek, oleh itu dia akan menanti dan lebih attentive. Masa seperti ini adalah masa terbaik untuk kami berbincang hati ke hati. 

Why did you cry? (Mommy marah). 
Why mommy marah? (Sebab Eirsa tak listen to mommy). 
Kalau Eirsa listen to mommy, mommy marah tak? (No).
Are you a good girl? (Yes. At school, teacher said Eirsa not good).
Which teacher? (Teacher V).
Why teacher said Eirsa not good (Sebab Eirsa not good dance).
But I like it when you dance. You are good!
Did Teacher V gave you stars when you did you homework? (Yes. But one only)
But Teacher V gave one star to your friends juga, kan? (Yes)
So, that means Teacher V says that Eirsa is good, your friends are good too.
Eirsa not good in dancing, but it's ok. Mommy pun ada teacher. Teacher said mommy dance not good. But it's ok. Mommy try again try try and try. And later teacher said mommy's dancing was good! (Silent)
So, Eirsa can be like mommy too. Mommy tak cry. Eirsa's dance not good but can you read? (Yes).
Can you count? (Yes).
Can you color? (Yes).
Can you run and jump and have fun? (Yes).
Waaaa! See! You are very good! (Laugh in pride).

And the conversation was continued with things about her good time jumping and running at the playground. Distraction is unavoidable when you are talking with preschoolers. Haha.

I do hope she always come back to me whenever she has any problems. Any. 

Always be my baby and friend.

Thursday, May 22, 2014

Eirsa's Sketches

Like your kids, my 5 yo pun dalam peringkat suka melukis dan menulis. Masa mula-mula tahu menulis, asik menulis je kerja, well, more to menconteng. Kemudian pandai menulis, kemudian pandai melukis. Pandai here means apa yang dilukis tu kau boleh la nak tafsirkan. So being a biased mommy obviously, I use the word pandai. Gasak.

Tapi tang mewarna, tak perlulah bercita-cita tinggi nak hantar dia ke pertandingan mewarna. Memang tak de kesobaron dia nak warna cantik-cantik. Dulu lagi la, lukisan entah ke mana, warna entah ke segala tempat. Markah ujian mewarna Eirsa mau ada yang dapt separuh. Itu pun kira untung teacher nak bagi markah kesian. Lama-lama ok sikit. Dan skill mewarna dia nampaknya terhenti sampai level ok sikit je. Tak kisah la sangat pun sebenarnya.

Lately dia sangat sangat suka melukis. Or if I can say, she loves to sketch. Not necessarily be super pretty but most of her sketches are comprehensible. She can even sketch gambar orang lidi tak tahan nak kencing, ok! Hahaha. So cute, so making-me-proud (well, as a mommy, what else), so helpful. Helpful in the sense that being gadget-less (parents' phones are for parents only. hah hah hah..) our dining-out can be sometimes disastrous. Mula-mula memang kelam-kabut tapi lama-lama ok. Sebab tu when she starts sketching (and Eivie starts scribbling. Gasak janji dua-dua sonyap), our dining-out sessions are more enjoyable.

Bukan kata kami mak bapak anti-bagi-anak-main-gadget, tapi buat masa ni budget yang diperuntukkan untuk menggembirakan anak-anak masih ke arah lain, bukan gadget. Pendek kata, bukat setakat budget nak beli iPad untuk anak-anak belum ada lagi, budget untuk beli gadget mak bapak (selain handphones) pun tak pernah diadakan lagi. Opah and atuk Eirsa ada iPad, boleh la mereka menumpang manja. Kakakaka.

And I love Eirsa being more expressive through her sketches.

Ini adalah antara hasil kerja Eirsa. Tafsirkan.

(ada banyak gila lagi tak larat aku nak scan, kadang-kadang berulang gambar-gambarnya).














Tuesday, May 20, 2014

Bontot, Bonta dan Perang.

Apakah itu 'bonta'?

Bonta adalah satu perkataan yang dicipta oleh si dua tahun lebih Eivie. Asalnya pada satu-satu ketika dia sangat suka sebut perkataan bontot. Entah kenapa sedap bebenor agaknya sebut perkataan bontot lalu segala perkara yang disebut akan dikaitkan dengan bontot. Yang paling selalu "Mommy bontot." I die.

Oleh itu, setelah ditegah beberapa kali (tegahan yang paling laku : Eivie cannot say bontot, saying bontot is not nice.), beliau masih lagi cuba menggunakan perkataan bontot. Namun begitu, setiap kali terkeluarnya suku kata 'bon', mommy akan memberi renungan tajam atau meng'Eivieeee-nak-cakap-apaaaa?'kan beliau, beliau akan terus menukar perkataan bontot kepada bonta. Lalu sehingga kini perkataan bonta menjadi kegemaran.

Kadang-kadang, si lima tahun Eirsa juga turut mahu menceburkan diri dalam kegembiraan penggunaan perkataan bonta ini. 

Contohnya pagi tadi. Dalam kereta, seperti sehari-harian anak-anak berdua ini mengharungi kesesakan trafik di Kuala Lumpur dari rumah menuju ke taska.

Eirsa menyebut-nyebut perkataan bonta dalam kegembiraan. Sekonyong-konyong Eivie menyampuk, "Bonta is not nice." 

Eirsa lawan, "Bonta is nice, bontot is not nice." 

Eivie sahut, "Bonta is not nice." 

Eirsa mengadu pada papa, "Papa, bonta is nice, bontot is not nice, kan?" 

Papa balas, "Yes." 

Eivie masih mahu menyahut, "Bonta is not nice." 

Eirsa berusaha lagi, "Eirsa dah ask papa, papa said bonta is nice."

Eivie, masih lagi, "Bonta is not nice."

Dan anda boleh bayangkan aksi perang mulut seterusnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...