Sembang 20 minit bersama Kak Chik (yang aku dah pelawa duduk tapi dia tak mahu), saya rumuskan bebanan emosi yang Kak Chik alami memanglah dahsyat, nak dibandingkan dengan setakat kamu yang rasa malas nak ke pejabat sebab konon-konon Monday blues, atau sebab ada 4-5 mesyuarat berderet yang nak bincang pasal apa entah asyik mesyuarat memanjang, atau sebab geng lain semua cuti tapi cuti kamu dah hampir habis dek selalu sangat cuti tergempar, atau sebab kau malas nak bersemuka dengan boss sama ada ada silap dengan boss atau memang kamu tak sebulu, atau banyak lagi seribu satu alasan yang sebenarnya boleh kamu tangani dengan hanya berfikiran positif. Betul, berfikiran positif itu juga tidak mudah, tetapi boleh dilakukan.
Memendekkan yang panjang, Kak Chik kini melalui fasa yang saya rasa sangat sukar untuk dihadapi jika kamu tidak betul-betul mensyukuri nikmat Allah :
1) Anak Kak Chik yang bongsu (anak Kak Chik ada dua orang) kini berada di hospital. Ini adalah kali ketiga atau keempat sepanjang hidupnya yang hanya 10 bulan. Yang kali pertama, pernah saya ceritakan dahulu. Yang kali kedua disebabkan jantungnya terhenti dek diagah (atau sebenarnya disergah?) oleh penjaga (adik sepupu Kak Chik), yang ketiga mungkin ada atau tidak tapi saya tak ingat, dan yang kini disebabkan kekurangan sel darah putih di dalam badan. Masih lagi si kecil itu di wad pengasingan, tetapi Kak Chik terpaksa datang juga bekerja memandangkan gaji yang diterima adalah gaji hari.
2) Suami Kak Chik kini dalam proses untuk bernikah kali kedua dan mungkin akan terus bermastautin di Acheh. Kak Chik kata, "Kak Chik dah tua Cik, Kak Chik dah malas nak pikiaq semua ni. Banyak lagi yang Kak Chik nak pikiaq. Kak Chik malaih nak pi ikut dia sana, kang makan pakai tak tau lagu mana."
3) Anak sulung Kak Chik yang berusia 13 tahun kini berada di Acheh, belajar sekolah agama di sana. Memandangkan kebarangkalian penceraian Kak Chik adalah tinggi, Kak Chik kini mengusahakan agar anak sulung nya kembali ke Malaysia dan meneruskan pengajian di sini.
4) Kak Chik merupakan bekas penghidap payudara. Bukan sebelah, tetapi kedua-dua belah payu dara Kak Chik telah dibedah dan dibuang.
5) Baru-baru ini Kak Chik telah menerima keputusan diagnose ketulan di pinggangnya sebesar buah anggur; besar kemungkinan juga adalah barah. Namun begitu Kak Chik berkeputusan untuk tidak membuang ketulan itu memandangkan umur telah lewat dan penjagaan selepas pembedahan akan menyukarkan Kak Chik untuk bekerja dan menjaga anaknya. Kata Kak Chik, dah tua-tua ni kalau tuhan nak ambik tu, ambik je lah.
6) Barah mengalir dalam keturunan Kak Chik dengan sangat kuat sekali; ibu dan kakak sulung Kak Chik meninggal dunia disebabkan barah, manakala adik bongsu Kak Chik sekarang ini sedang menderita leukemia. Aliran darah yang dibawa oleh keturunan Kak Chik ini memaksa doktor membuat banyak ujian terhadap darah anak bongsu Kak Chik memandangkan kebarangkaliannya yang tinggi.
7) Penjaga anak Kak Chik adalah sepupu Kak Chik yang berusia 20 tahun. Sudah beberapa kali kejadian yang merisaukan berlaku seperti anak Kak Chik diagah sehingga terhenti jantung, benjolan di kepala akibat jatuh dan juga doktor kata anak Kak Chik seperti kurang diberi minum. Pilihan untuk menghantar ke nursery adalah sukar memandangkan Kak Chik perlu membayar RM350 untuk nursery berbanding RM200 kepada adik sepupunya ini. Luluh hati saya memikirkan ini.
Lalu, berfikirlah kamu sejenak, apakah yang membuatkan kamu tidak bersyukur sungguhpun hari ini adalah hari Isnin?
Bersyukur dengan muka bulat dan double chin. |
5 comments:
I begitu mengayati entry you di pagi yang hening ini sehinggalah i tiba ke... gambar you.. terus potong tau!! hahahaha :)
Comment serius: Ya Allah. beratnya dugaan kak Chik tu. Huhu. :( Rasa terpanggil nak menolong tapi tak tau macamana. Apapun, i akan berdoa untuk Kak chik dan anak-anak nya agar segalan bebanan, dugaan, diringankan. Amin.
I tak nak ayaq mata you meleleh kat opis, darling.. But yes, the dugaan na'uzubillah.. sangat hebat!
ilang mood sedih tgk ending tu :p
hmm... susah nak dikatakan ahsuez, memang berat dugaan yang dialami oleh Kak Chik, bergelinang sekejap air mata saya membaca entry ahsuez..
yupp... rasanya kalau saya ditempat kak Chik... terasa dah tak tertahan la kut...
Berharap agar Kak Chik tabah... semoga dugaan2 ini dapat ditempuhi...
Bro J, tapi betul lah niat bersyukur saya tu. :D
Hi Ataicha! kalau dengar secara live, tengok mukak Kak Chik tu, lagi la menusuk hati.
Post a Comment