Friday, July 20, 2012

Shit Happens and Needs To Be Cleaned Up

Pulang kerja, trafik perlahan dan kadang kala sangat perlahan hingga terhenti.

Semua mahu pulang ke rumah segera. Minda lunyai, fizikal lunyai, emosi pula di atas garisan antara lembut dan keras. Bergantung.

Seperti hari-hari lain, hari itu aku dan Eirsa berdua di dalam kereta pulang; bersenda dengan lagu-lagu nyanyian pelat Eirsa, gelak tertawa dan kadang kala tersenyap. Senyap yang disebabkan oleh aku terpenat tiba-tiba.

Dah jadi biasa aku akan menjeling cermin pandang belakang, untuk memerhatikan kereta belakang tidak mengekori terlalu dekat. Kadang kala memaki di dalam hati apabila kereta belakang mengekori terlalu hampir. Seriau.

Dan dalam aku menjeling, kereta Honda Civic ini pemandunya sedang ralit memandang pembinaan bangunan baru di seberang jalan. Trafik yang sedang terhenti, juga aku. Tetapi tidak kereta itu dan debaran hati aku. Dalam masa aku memerhati, 5 saat sahaja, GEDEGANG ciuman kasar muncung Honda Civic ke buntut kereta aku. SHIT!

Aku pastikan Eirsa OK. Aku pastikan aku OK. Aku pastikan aku ingat Allah. Aku pastikan aku memohon Dia mudahkan segala. Aku menelefon suami. Semua sempat aku buat sebelum pemandu Honda Civic keluar dari kenderaannya, menjengah kemusnahan yang dilakukan dan mengetuk tingkap kereta aku dan meminta aku meninjau sekali. Kononnya tiada kemusnahan ketara dan memohon perkara selesai begitu sahaja. Tetapi tidak, bumper kereta aku sengat sebelah, walau tidak calar teruk.

Diringkaskan, perkara-perkara ini yang aku telah ambil, dan mungkin kau juga mahu ambil, sekiranya perkara di atas terjadi kepada kau, terutama yang perempuan :

1) Ingat Allah. Memohon dimudahkan segala.
2) Pastikan mereka yang ada di dalam kereta adalah ok.
3) Telefon dia atau mereka yang berkenaan.
4) Alih kereta ke setepi mungkin jalan untuk tidak mengganggu kenderaan lain.
5) Turun meninjau kesan kejadian; ambil nombor plat kereta yang melanggar. Juga ambil gambar.
6) Jika tempat kejadian tidak mengizinkan untuk berlakunya perbincangan, beralih ke tempat lain yang lebih lapang. 
7) Aku, memandangkan berseorang dengan si kecil 3 tahun, tidak turun dari kenderaan untuk berbincang dengan pelanggar, tetapi menunggu suami / adik suami (yang kebetulan berada lebih dekat di tempat berbincang) tiba untuk menyelesaikan hal itu.
8) Betul, si pelanggar ada peluang untuk lari, tapi kau dah ambil nombor kenderaan dia tadi. Jangan panik jika ini berlaku kerana kau sudah boleh melaporkan kes ini di balai polis.
9) Bincang. Bincang. Bincang. Tak perlu tegang. Bincang dengan hormat.
10) Laporkan kejadian pelanggaran dalam 24 jam kejadian.
11) Maklumkan kepada pelanggar yang laporan telah dibuat. Pelanggar juga wajib melaporkan dalam 24 jam, sebelum didakwa.
12) Berurusan dengan ejen insuran tentang proses.
13) Berurusan dengan tempat membaiki kenderaan.
14) Berurusan semula dengan pelanggar atau ejen insuran pelanggar.

Untuk kes aku, nasib baik insuran aku ambil dengan ejen insuran Honda, lalu hanya perlu : 

(sambung dari langkah 11)

12) Berurusan dengan ejen kereta Honda untuk membaiki kenderaan.
13) Ambil laporan penuh dari polis yang boleh diperolehi di balai polis trafik tempat laporan dibuat, 3-4 hari setelah pihak ketiga (pelanggar) membuat laporan. Bayaran RM17 untuk keseluruhan laporan yang layak diperolehi.
14) Hantar laporan penuh kepada ejen kereta Honda dan pihak Honda akan melakukan pemeriksaan untuk mengenalpasti bahagian yang perlu dibaiki atau diganti.
15) Jika masih boleh dipandu, kereta tidak perlu ditinggalkan di bengkel Honda. Bawalah balik kereta kau untuk kegunaan biasa. Pihak Honda akan mulakan pesanan spare part yang perlu, dan sekiranya telah sedia, mereka akan telefon untuk temujanji proses penggantian.
16) Bayaran akan diuruskan oleh ejen insuran Honda, terus kepada insuran pelanggar. Tiada bayaran yang perlu dibuat oleh aku.

Apa-apa pun syukur kepada Allah, dalam ujian yang diberi, masih lagi dipermudahkan segala urusan.

3 comments:

mommaholicSURI said...

Oh dear. Syukur you and Eirsa tak apa-apa. Dia terkejut/ nangis tak? Syukur jugak jalan tu bukan jalan yang jam (i assumed) so that your closed family members can reach you dalam tempoh yang pantas. Take care Su.

Ahsuez said...

Kejadian berlaku di jalan yang jam gila la darling. I tunggu my BIL sampai dalam 15-20 mins gak, tu pon sebab dia dekat.

Eirsa was ok, dia ingatkan satu bunyik yang kuat je lah. Dia sambung nyanyi je lepas tu, padahal I dah gigil gila. Nasib baik dia tak merengek.

Intan Jufflisa said...

boleh sambung nyanyi eh cik eirsa. hehe. saya pun pernah kene juga macam ni dlm perjalanan ke tpt kerja pada suatu pagi. unfortunately tak sempat nk hafal plate number kereta pelanggar dan he ran off gitu aja (dgn buat overtake yg agak rakus). danngg.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...