Friday, September 28, 2012

Qada' dan Qadar


Situasi : Menghampiri solat Asar, seorang wanita 'segak' (seperti yang diulas oleh Kak Cik), telah terjatuh di tempat wudu'. Wanita berkenaan dikatakan mengandung pada fasa trimester pertama, telah hampir gugur (atau telah gugur, wallahu'alam) kerana insiden terjatuh itu.

Kakak cleaner yang bertanggungjawab membersihkan tempat wudu' telah dipanggil dan disalahkan secara beramai-ramai oleh segelintir warga pejabat yang berada di tempat kejadian.


Kakak cleaner tu adalah Kak Chik. Theee Kak Chik yang selalu bersembang dengan aku pagi-pagi sebelum aku mulakan kerja. The Kak Chik yang ada seribu satu masalah yang selalunya dia pendam di sebalik senyum lawak dan latah nya. Iya. Kak Chik itu.

Kak Chik cerita pada aku hal ini pagi tadi. Hal yang berlaku 2 hari lepas.

Aku terus jadi marah. Bukan pada Kak Chik. Satu, pada yang menyalahkan Kak Chik beramai-ramai termasuk wanita yang terjatuh dan dua, marah kepada wanita itu kerana menyalahkan Kak Chik sebagai punca kegugurannya. Ini tidak adil dan tidak waras.

Pada aku aku tidak berhati perut dengan berasa marah dengan wanita itu? Hello! Wanita itu hampir gugur, kau sedarkah??

Aku sedar la hoi. Aku berasa marah dan kasihan pada Kak Chik kerana :

1) Kak Chik telah melakukan kerjanya dengan baik, jika tidak sempurna sekalipun. Kerana tidak pernah ada kejadian jatuh selama ini.

2) Mereka yang menggunakan surau juga selalu mengambil wudu' di tandas lalu menyebabkan selalu air bertakung di tandas. Menambahkan kerja Kak Chik yang tak sepatutnya. Kak Chik buat saja, tiada kompelin. Kak Chik kata, "Kak Chik ni cleaner je puan...." Lalu, tempat wudu' yang dah memang tentu-tentu lah akan basah pada waktu puncak (waktu hampir Asar), adalah tempat yang prone to bad incidents kalau tidak sungguh-sungguh berhati-hati.

3) Kak Chik telah membersihkan sekitar tempat wudu' pada jam 3. Kejadian adalah pada jam 3 lebih. Kiranya, tempat itu baru dibersihkan.

4) Selipar surau adalah licin, saya pernah pakai. Berbanding dengan selipar buruk saya pun, selipar surau lebih boleh mengundang bahaya. Lalu, jangan salahkan lantai atau tebing wudu' itu semata-mata.

5) Wanita itu mengandung anak sulung, sangat gembira dan bersyukur, mungkin juga telah mengharapkan untuk mengandung setelah sekian lama. Tetapi dia mungkin tidak ingat tentang qada' dan qadar Allah, tentang semua rezeki hatta makanan yang sedang disuap oleh kita itu adalah ditentukan Allah, yang mana makanan itu belum tentu dapat masuk ke perut jika bukan izin Allah. Inikan pula janin yang baru melekat di dalam perutnya. Maksudnya, jika bukan sebab insiden jatuh itu, dia tetap juga akan gugur dengan cara lain yang ditakdirkan Allah, kerana janin itu (jika betul gugur) itu bukan ditakdirkan untuknya.

6) Lalu kejadian wanita itu menyalahkan Kak Chik semata-mata adalah tidak boleh diterima akal aku.

7) Oh ya. Aku faham maksud kehilangan itu, aku juga pernah mengandung dan gugur, malah bukan sebab jatuh, sebab yang tidak diketahui. Menunjukkan bukan rezeki aku lalu jangan lah disalahkan oleh orang lain kerana Allah tahu apa yang terbaik.

Perihal salah-menyalahkan orang lain kecuali diri sendiri ini sebenarnya satu penyakit, yang kalau tidak diubati dengan kembali berpegang kepada rukun iman yang pertama dan keenam, akan membinasakan diri kelak.

2 comments:

Amyz! said...

:-(
dah tak percaya qada dan qadar kita ni?

Sedih bila baca entri ni. Memang sedih bila kita mengandung, kemudian gugur. Tetapi apakah dgn menyalahkan orang lain tu tanda kita redha?

Saya rasa pasti luka remuk hati kak chik bila dituduh demikian rupa. :-(

Ahsuez said...

Betul Amyz, that's what I felt. Lagi yang tak best, ada sorang pakcik yang biasa jadi imam kat sini turut menyebelahi wanita itu. Sad.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...