Kak Timah baru je bercerita dengan aku dan boss ni tadi. Our regular cleaner Kak Chik is no longer providing service to the company. Here goes the cerita panas-panas.
Kak Timah mulakan macam ni : Kak Chik dah berhenti kerja. Dia kena pukul.
OhWTF?!?
Macam ni. Yang biasa melepak kat pantry opis aku ni ada tiga orang : Kak Chik, Kak Timah dan Kak Nor. Kak Chik yang in charge menjaga kebersihan tandas dan office aku. Biasalah kerja, mesti nak ada kawan. Kak Timah dan Kak Nor di tingkat lain, tingkat masing-masing.
Hari Sabtu lepas, Kak Timah bercerita pasal kisah dia menumpang kereta akak cleaner tingkat 2 setiap hari. Bercerita ddengan Kak Chik, dalam surau. Begitu begini cerita (malas aku nak cerita lanjut), Kak Nor ada bersama. Tapi dalam tengah bercerita Kak Nor keluar dari surau, dari kelompok cerita. Rupa-rupanya ada hal penting dan tersembunyi.
Dan petang nak balik kerja hari yang sama, Kak Timah terserempak dengan Kak Chik yang sedang dipukul dengan payung oleh akak cleaner tingkat 2. Hey dah kenapa?
Rupa-rupanya akak cleaner tingkat 2 dapat tahu Kak Chik telah membawa cerita lain perihal menumpang kereta oleh Kak Timah, sedangkan cerita asal adalah lain (seperti di atas). Tapi cerita yang sampai pada akak cleaner tingkat 2 (melalui telefon, 20 minit sebelum waktu balik kerja) lain. Dan penyampai cerita adalah Kak Nor. Lalu dalam marah yang meluap yang entah macam mana waktu itu, Kak Chik dipukul oleh akak cleaner tingkat 2.
Begitulah cerita Kak Timah. Kak Timah kata, mungkin Kak Nor marahkan Kak Timah berkawan baik dengan Kak Chik, wallahu'alam. Tapi dalam hal macam ni, kesian Kak Chik, dia yang jadi mangsa. Namun begitu pagi tadi Kak Timah telah bersemuka dengan Kak Nor dan akak cleaner tingkat 2 untuk menjelaskan hal sebenar.
Namun Allah menjanjikan hikmah di sebalik segala kesusahan. Hikmahnya adalah, inshaAllah Kak Chik akan dapat kerja di tempat lain, dengan gaji lebih sikit dari sekarang, dan transport disediakan. Juga, mungkin lebih tenang berbanding bekerja di sini.
Hal-hal membawa mulut ni memang antara yang sangat dimurkai Allah. Ini baru contoh yang kecil. Contoh besar sehingga bercerai-berai, bunuh-membunuh. Na'uzubillah. Kenapa mesti ada perasaan hasad dalam diri? Kenapa perlu rasa lebih dari yang lain? Na'uzubillahiminzalik, minta Allah jauhkan dari kita dan keluarga kita.
2 comments:
haih...mcm neh pun ada...tiba2 stress akak baca..hahah
Ye Kak Zatul. Pasal hal kecik je pon. Tapi kalau nak rasa busuk hati, tak de sebab pun boleh. Takut betul sekarang ni.
Post a Comment