Dua hari lepas Tuhan duga aku.
Takuk minyak aku rosak. Dok ingatkan minyak ada lagi (walaupun hati dok sangsi sebab lama dah tak isi). Sekali tengah remp nak naik bukit, tekan minyak tapi tak pergi. Aku kat lane kanan sekali masa tu. Aku tekan jugak minyak sambil doa sangat banyak. Muka buruk sebab berkerut risau macam nak nangis semua, tok sah cakap lah.
Dapat lah lagi beberapa kilometer sampai bebetul minyak habis, 100 meter dari stesen minyak, tapi stesen minyak tu atas bukit sikit. Sebenarnya aku dah bypassed satu stesen minyak, sebab aku ingatkan kereta tu rosak ke apa. Baru major service minggu sebelumnya, kot lah ada masalah lain.
Tuhan tu tak zalim. Dia dengar doa aku, kereta aku tak mati masa aku kat lane kanan. Aku sempat masuk susur ke rumah aku, walaupon masih di sebelah highway tapi aku sempat rapat ke bahu jalan.
Tersadai. |
Tuhan tu tak zalim. Tak de perkara buruk terjadi sepanjang 1 jam tunggu suami, walaupun tak berjaya mendapatkan bantuan lain kerana kawan-kawan tidak berdekatan waktu itu. Ada seorang lelaki bermotor berhenti nak menghulurkan bantuan (jika jujur dan benar) atau mengambil kesempatan (na'uzubillah), tetapi cepat berlalu pergi lepas aku cakap tak perlu. Ada seorang lagi lelaki dengan tow truck berhenti nak menghulurkan bantuan (jika jujur dan benar) atau mengambil kesempatan (na'uzubillah), tetapi berlalu pergi lepas banyak kali aku cakap tak perlu.
Penyelamat. |
Samurai datang dan kami ke stesen minyak untuk bekalan minyak sementara. Sekembali ke kereta aku, kereta tak berkunci, duit syiling habis lesap, SmarTAG pun dah tak nampak batang hidung. Mungkin aku lupa nak kunci kereta dan mungkin ada kutu lalu dan ambil kesempatan. Tapi. Tuhan tu tak zalim. Ketidakadarezekian ini terjadi bukan masa aku seorang diri dalam kereta.
Bukan rezeki. |
4 comments:
Alhamdulillah. betut tu AhSuez. sangat insap baca post ko ni. tp bersyukur xde pape terjadi. sungguh pantas kutu2 ni buat keje...
somehow it shows that our environment in this country is not really safe.. sedihlah dgn situasi camni.. tinggal sekejap pon dah boleh hilang.. dengan kes ragut, pecah rumah apa lagik..
apapon, aku lega juga hang takde kat tempat kejadian..dugaan kecil Allah nak bagi.. biarlah hilang barang yang boleh diganti.. :) take gud care Ahsuez..
Miss Forest & Sato,
Benar. Dah makin ramai yang opportunist tak bertempat. Dan I don't know what happen to the law enforcement. Tak cukup?
Tsk. Nasib baiklah tak ada apa2 jadi masa tengah tunggu hero datang menyelamat.
Tak apalah barang boleh ganti. Nyawa? :-(
Post a Comment