Monday, April 8, 2013

Her First Official Academic Record Book

Well it's actually a communication book, contains 2 pages of Eirsa's development reports in her daily half-day playschool, for the first quarter of the year.

Aku tak harapkan report tu tulis 'Eirsa dah pandai baca amboi genius betul anak akak ni', sebab aku tahu bukan macam tu. Aku tahu perkembangan otak si manja macam mana (panggg kau otak si manja). So far stage pembelajaran Eirsa tu aku biarkan relax-relax saja. Tak payah la aku nak bubuh satu ukuran yang dia perlu tahu membaca bila dah umur 4 tahun. Ibu bapa sekalian, perkembangan otak anak awak bukan diukur pada kebolehan membaca sahaja. Itu adalah salah satu daripadanya. Banyak lagi perkembangan otak yang diperlukan oleh seorang kanak-kanak, terutama sekali dari segi critical thinking, analytic thinking.

So, back to Eirsa.

Perkembangan Eirsa adalah ok, ada puji-pujian ada juga beberapa concerns. Concerns yang aku berterima kasih kepada cikgu dan penjaga sebab memantau dan sedar akan hal ini dan aku berterima kasih kerana cikgu dan penjaga tidak menganggap ini sebagai beban. Selagi aku rasa tidak memudaratkan Eirsa, kami sebagai ibu bapa akan menggalakkan apa yang disukai Eirsa kerana cara pembelajaran setiap kanak-kanak adalah lain, tapi yang penting tak perlu paksaan.

Pengenalan huruf kepada Eirsa tidak lah baru, malah sejak sebelum 2 tahun lagi dia dah kenal huruf dan nombor. Anda ibu bapa tak perlu pressure untuk mendapat result seperti ini, cuma perlu dalam sehari duduk 30 minit dengan anak di pangku dan tunjuk dan sebut huruf dan nombor kepada mereka. Result bukannya dan dan tu dapat tahu anak sebenarnya dah serap masuk segala maklumat tapi nanti. Tiba-tiba je anak kan point out "M"! "2"! "T"! "8"! dan sebarang huruf atau nombor, secara rawak. Dan masa tu anda akan terasa air mata bergenang. Tak payah la nak susah hati mencapai target atau jika anak tidak berminat. Beri saja galakan, bukan paksaan.

So, back to Eirsa.

Membaca belum tahu lagi, tapi suku kata dah ok. She learns both Malay and English very well (kami sangat teruja kalau Eirsa menggunakan perkataan seperti  'ataupun', 'tetapi'. Sangat skema kahkahkah). She knows many words, alhamdulillah. Tapi sebutan masih pelat, keadaan yang normal bagi kanak-kanak yang didedahkan dengan lebih dari satu bahasa sejak kecil. Tapi aku rasa dia didedahkan secara tak langsung juga dengan beberapa bahasa lagi terima kasih kepada iPad dan TV. Susah tau nak faham kalau secara tiba-tiba dia berkeputusan nak menggunakan bahasa Pingu masa nak minta minum. -__-

Tak tau lah dia ada bakat seni ke tak, tapi tulisan, lukisan, warnaan Eirsa memang tak berapa cantik. Tak pe lah, tapi faham maknanya. Bukan tak pernah dedahkan Eirsa dengan crayon dan buku warna masa dia kecil, tapi memang tiada minat di situ.

Perkara-perkara lain adalah yang biasa dan sudah cukup memuaskan hari keibuan aku. Fast learner, can memorize well but sometimes prefer to play alone (she is, she hates crowd, but she can mingle whenever she wants to). Good job, baby!

Tapi ada juga laporan yang aku rasa sangat comel seperti :

"She can do by herself but depending on her mood." Oh well, this is so my baby!
"She likes saying "Excuse me" if she wants to start a conversation in class *smiley icon*". Gelak guling.

A Rainbow (Eirsa) in a Rainbow class.




Mommy's feedback. Or over-tau feedback.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...