Friday, July 26, 2013

Cerita Fidyah Tahun Kedua

Mula-mula aku ingat nak tweets je pasal ni. Tapi panjang sangat pulak. 

Papa baru saja pulang dari menyelesaikan zakat fitrah dan membayar fidyah untuk isterinya ni ha. Fitrah untuk 4 orang, fidyah untuk 26 hari puasa yang aku belum belum dapat ganti. Ada beberapa faktor yang membuatkan aku tak sempat ganti, harapnya lepas raya tahun ni dapat lah ganti.

So, talking about fidyah. Rasanya pasal zakat, the basic information that I have, if not equal, is less than what you already know. Plus, it's good if you could refer to the correct source. Afterall, zakat fitrah is not new to you and it's a yearly vow anyway. 

So, fidyah. Aku dah dikenakan bayar fidyah ni bermula tahun lepas. When I had Eivie in my tummy for around 2 months, I was as equally sick as when I had Eirsa in my tummy around that period too. But I still could endure Ramadhan and scored 30/30 in my fasting chart. Dah memang tak lalu makan, muntah lah 5 kali sehari sampai keluar asid perut pun, memang tak boleh nak menelan apa pun lepas tu, lalu berpuasa sajalah. 

Masa mengandungkan Eivie, sama jugak. Jenis muntah-muntah hatta terhidu nafas suami sekali pun (terbau kari pun boleh bikin marah), keluar air perut pahit warna kuning, sama je. Tapi, kali ni saya tak boleh berpuasa. Akan rasa sangat letih, boleh pengsan. And I scored 0/30 in my fasting chart for year 2011. Tak pe, tak de rezeki. Tak payah sedih sangat sebab tu Tuhan bagi kelonggaran untuk tidak berpuasa.

In 2012, alhamdulillah, feeding Eivie lengthened my first BFF monthly visit after delivery and I could score full marks during Ramadhan. I mean puasa penuh lah walaupun dalam tempoh menyusukan. Namun begitu, dari masa lepas bersalin saaaampailah bulan puasa tahun 2012 yang sepatutnya aku mula mengganti puasa yang tertinggal pada 2011, aku tak sempat ganti. Tiap kali mula puasa, kepala akan sakit dan ada sekali tu hampir pitam. Mungkin sebab faktor keadaan yang menyusukan. All in all, tak dapat ganti langsung lalu papa kena bayar fidyah sebanyak RM51 untuk 30 hari. Memang betul, puasa dalam bulan Ramadhan dan puasa dalam selain dari bulan Ramadhan, letihnya lain.

The battle of mengganti puasa after that continued until end of Syaaban this year but I only managed to ganti 4 days only. Dah cuba tapi tu je mampu. So tahun kena bayar fidyah sebanyak RM93.60. Ini adalah mengikut kalkulator yang disediakan di laman web Lembaga Zakat Selangor.


Namun begitu. 

Petugas kat Zakat KL pagi tadi bagi info lebih terang pada papa. Begini ceritanya :

1) Klasifikasi aku tak boleh puasa adalah sebab diri sendiri, bukan sebab bayi. Aku yang tak larat nak puasa, padahal kalau aku puasa, bayi tetap berupaya membesar dalam rahim (macam kes Eirsa, aku larat puasa, dah 4 tahun pon anak dara tu). Lalu, aku perlu ganti dan bayar fidyah.

2) TAPI. Jumlah fidyah untuk kes aku ini tak perlu digandakan pada tahun kedua jika tak dapat habis ganti pada tahun pertama, KECUALI kalau tahun pertama fidyah tidak dibayar. Oleh itu, kira-kira di atas tidak valid. Petugas mengira semula berapa perlu dibayar berdasarkan tahun tinggal puasa, tahun ganti, tahun dah bayar fidyah dan keputusannya papa perlu bayar RM46.70 sahaja.

3) Jika tidak berpuasa disebabkan anak, seperti mengandung dan kesihatan anak dalam kandungan akan tergugat kalau ibu berpuasa walaupun ibu mampu berpuasa, tidak perlu ganti hanya bayar fidyah. TAPI untuk kes ini papa tidak diterangkan dengan lebih lanjut kalau fidyah tahun kedua, ketiga dan seterusnya, adakah jumlah akan digandakan atau tidak. Jika konsep fidyah yang sama dengan kes aku, lalu ada kemungkinan bayaran setiap tahun juga adalah sama jika fidyah dibayar setiap tahun (please refer to the correct source for this, we don't have first hand information).

Begitulah adanya maklumat yang baru kami terima pagi tadi. Namun begitu panduan zakat dan fidyah ni mungkin berbeza, terserah kepada kita nak gunapakai yang mana. Sedangkan kadar zakat setiap negeri pun lain-lain, ye dak.

Till then, selamat berpuasa hari ke delapan belas.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...