Monday, October 7, 2013

Musim

Yang paling sebak adalah bila tengok anak letih tak bermaya, badan menanggung sakit.

Eivie demam secara terus-menerus dari sabtu malam, sampai ke pagi ni ha. Ubat makan tahan beberapa jam je, seharian tak makan dan minum sangat, letiiiih je. Badan memang sentiasa panas. Dah bagi ubat, mandikan, sentiasa basahkan kepala, tetap tak kekal kebah. Aku dah masukkan ubat buntut (Voren) dan dah suapkan madu campur lemon malam tadi pun (bagi elok sikit tekak), pagi ni berbalik semula demamnya. Sepanjang malam tidur dengan nafas berbunyi. Sepanjang malam juga aku ni macamkan tidur macamkan tak. Bukan apa, aku takut kalau terlelap dan suhu badan Eivie naik tinggi dan aku tak perasan. Ear thermometer aku dah salah letak memanglah takkan jumpa masa kau nak pakai, kan. Thermometer yang bubuh kat ketiak tu, masa sebelum tidur kami guna, ok, masa aku terjaga pukul 2 pagi dah out, habis bateri. Mau tak susah hati aku.

Batuk masih sikit tapi dada dah berbunyi. Pernafasan pun berbunyi. Weezhing, istilah perubatannya. Memang pagi tadi kena bawak pergi Klinik Altaf (so far our most fave paediatrician. Tulis nama jam 9, tu dia dah 5 orang lebih awal dari kami. Jam 10.30 baru dapat jumpa doktor. Dan Dr. Altaf, seperti biasa, memang menyenangkan dan meyakinkan.

Suhu badan pagi tadi setelah dibasahkan kepala adalah 37.9. Dr. Altaf tak sebut pasal jangkitan paru-paru, tapi laluan pernafasan dah bengkak, juga bengkak pada peti suara. Degupan jantung kencang dek saluran pernafasan lebih sempit dari biasa.

Dr. Altaf mencadangkan sesi nebulizing 7 minit HANYA JIKA Eivie tak meronta dan meraung. Tahukah anda sekiranya kanak-kanak dengan di-neb-kan dan meraung, peti suara kanak-kanak akan membengkak? Nasib baik kali ni Eivie ok, HANYA SELEPAS disogokkan dengan iPad. 

Oleh itu, rawatan nebulizer susulan di klinik pada petang nanti, yang diselangselikan dengan makan 4 jenis ubat dan evohaler melalui corong pernafasan di rumah.



Dr. Altaf suruh monitor progress sampai pagi esok dan jika keadaan wheezing dan demam masih sama, perlu dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Aku suka pendekatan macam ni; cuba dulu dan jika tak berjaya, baru ke hospital. Kalau pergi klinik panel yang biasa tadi, berkemungkinan besar aku bukak mulut je doktor dah tulis surat rujukan untuk masuk hospital, macam kes lepas.

Sayang mommy, get well soon ya!


4 comments:

Amyz! said...

Get well soon sayang. Amelyz pun baru baik demam, selsema dan batuk. Tak berani bagi ubat sbb masih baby. Guna natural remedy, garlic sock.
Jangkit Alam pun baru baik demam, batuk dan selsema. Selsema masih ada. Bagi vit c je. Huhu.

Ahsuez said...

Amyz,

Selagi boleh di natural-remedy-kan, buat lah. Natural remedy ni lambat nak baik, kadang bila dah tak tahan kesian kat budak, terpaksa beralih kepada doktor jugak.

WAK said...

anak sy sorg tu kalu bernafas berbunyi,biasanya selera makan lgsg xde.lalu badan makin melepek dan makin teruk wheezingnya.skdr share,sy bagi barli yg direbus hingga empuk.tambah sdkt gula utk menjd penyedap.alhamdulillah,bila ada mknan masuk bdn,tenaga pun dah dijana,wheezing td hilang.idea barli ni sy ambik dr matron smss dulu2 masa haze teruk n student byk batuk2.matron suggest masak barli n kitaorg pakat kena paksa makan barli kat dewan makan.tq matron :)

Ahsuez said...

Thanks Wak!

Lupa pula pasal barli, yang saya tahu barli buat penyejuk badan, tapi kalau bagus juga untuk hilangkan wheezing, saya akan cuba nanti! Natural remedy, wins!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...