Thursday, February 21, 2013

My Sick Baby

Aku rasa aku tak tidur malam yang terus 4-5 jam dekat 2 bulan dah. Biasanya Eivie akan bangun setiap 2 jam, tapi yang paling teruk sebulan kebelakangan ni; setiap sejam dan kadang-kadang 1/2 jam! Memang rasa nak mengamuk. Capricorn adalah insan yang akan mengamuk kalau tak cukup tidur. Aku bukan nak banyak tidur, tapi kalau dah terjaga setiap 1/2 jam, kepala memang rasa berpusing.

Nak marahkan si kecik tu bukan dapat apa. Kadang memang marah jugak, aku tak tahu apa masalah dia, tak tau macam mana nak bagi dia tidur lena.

Dalam sebulan ni macam-macam yang dia kena hadapi, kesian dia. Mula-mula selsema demam. Lepas 2-3 hari baik, tumbuh gigi atas pulak. Lepas tu sambung selsema baru yang berlarutan sampai sekarang. Dah ada tanda baik tapi masih tak selesa rupanya. Selsema yang kali ini aku dan Papa tak bagi ubat sangat kat dia. Kesian pulak hari tu dah makan ubat, ni makan ubat lagi. Lalu, berpanjanganlah selsema Eivie. Kami hanya pancitkan Sterimar dalam hidung dia dan sedut hingus. Masa Eirsa dulu papa sedut pakai mulut je, tapi masa Eivie ni dah ada nasal aspirator yang berfungsi baik; Nasal Aspirator Nose Frida. Tambah dengan ada 2 hari tu eczema dia naik satu badan, alahai, kesian betul! Hidung meleleh, muka merah, badan merah. Kau bayangkan. Nak berdukung je. Aku bogelkan dia dan peluk sepuas-puasnya.

Setakat pagi ni, masih kekadang dedar badan dia, selsema dah kurang, hampir-hampir nak baik. 3 hari lepas bawa dia jumpa Dr. Altaf (di Taman Tun Dr. Ismail, he's very good dan ramai patient juga!), doktor kata paru-paru, telinga semua ok. Doktor kata teruskan je cara sekarang jika itu yang kami pilih dan jika perlu, doktor bekalkan juga ubat flu. Tengok! Dia tidak prejudis dan tidak influence ibu bapa tak tentu hala, walaupun kita tahu dia ada preference sebagai doktor.

Selain dari selsema, demam dan eczema, Eivie tetap aktif (kekadang rebah masa demam) dan berselera makan. Alhamdulillah, if it's not getting, we have to be thankful as it's not getting worse either. Dan dua malam kebelakangan ini, Eivie dah tidur dengan lebih lama, 3 jam berselang susu. Alhamdulillah. Badan aku pun dan kembali ok daripada menzombie.

God, please help us to get through this dan pulihkan anak saya seperti biasa. Harap-harapnya Hawa ku ini baik segera. Kita ada rancangan hebat sempena harijadi kamu yang pertama!


2 comments:

Amyz! said...

Pity Baby. Semgoa cepat baik. :-(

Ahsuez said...

Masih berusaha! InshaAllah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...