Friday, October 7, 2011

"Dah scan ke? Anak lelaki ke perempuan?"

Dah. Belum.

Maksud saya, belum tahu lagi jantina, walaupun dah scan beberapa kali. Saya perlu di-scan beberapa kali sebab nak pastikan kandungan sihat memandangkan 4 bulan pertama kesihatan saya teruk.

Tapi mak saya dah buat keputusan yang dia berkehendakkan anak perempuan juga untuk saya kali ini.

"Mak rasa kau dapat perempuan kali ni pun bagus. Boleh dak Eirsa tu ada kawan main. Tiap-tiap pagi mak doakan kau dapat anak perempuan."

"....................................."

Hmm.. Rata-rata yang kata lagi bagus dapat anak lelaki, sebab sekarang dah ada anak perempuan. Ada sepasang kan seronok! (Er.. Apa yang seronok?) Ada yang kata dapat seorang lagi perempuan pun ok gak, baju-baju Eirsa adik dia boleh pakai semula, jimat. Tapi saya rasa justifikasi tersirat mak saya pula dia nak menambah cucu perempuan, sebab sekarang ini hanya ada 1 cucu perempuan antara kesemua 6 orang cucunya.

Saya? Saya tak kisah, mana-mana yang Allah nak beri, ada baiknya. Semua yang dijadikan Allah ada hikmahNya. Ok la ok la. Jawapan artis macam ni pon kadang-kadang meloyakan juga. Bunyi positif yang dibuat-buat, padahal dalam hati berbunga-bunga nak anak lelaki. Saya harap dapat lelaki, betul, supaya dapat sepasang, supaya dapat rasa karenah yang lain-lain, supaya anak lelaki boleh geng dengan mommy dan Eirsa boleh geng dengan papa (whatever...).

Oh! Macam mana pula dengan gerak hati? Jawab saya, saya ni baruuuuww je baik dari morning sickenss, baruuuuuww nak memikmati pagi-pagi yang damai. Lalu, masih belum ada gerak hati. Kadang-kadang gerak hati pun tak boleh pakai, gerak hati pun boleh jadi lalang, cenderung mengikut keinginan.

Eh. Tapi ada juga beberapa perkara yang boleh dijadikan klu bagi teka-teki kita (saya?) ini. 

1) Saya kurang gemar berdandan.
2) Saya kurang rajin membaca, walaupun ada masa. Tapi bukan lah gila membaca sangat pun waktu tidak mengandung, tetapi kali ini baca dua tiga muka surat pun dah malas. Saya lebih suka main game di iPhone 3GS (RIP Mr. Steve Paul Jobs), to be exact Sudoku. I could go crazy playing this draining 50% of the battery in couple of hours. But not reading.
3) Peratusan sikap ber-shopping online saya menurun sebanyak 60%. Saya lebih berkira hendak membeli sekiranya tidak melihat sendiri barang itu. Tapi kalau dah belek sampai jurujual rasa meluat pun belum tentu saya beli. Mood beli belah saya terjelepuk jatuh longkang.
4) Mulut saya lebih laser, yakni kurang bertapis kalau bercakap.
5) Bayi saya sudah aktif dan saya sudah boleh rasa pergerakan bayi seawal 16 minggu. Lalu, malam-malam saya kini sudah biasa dengan tumbuk sepak terajang dari dalam perut. 

Jawapan saya untuk teka-teki ini adalah bayi lelaki, memandangkan beberapa perkara yang sama berlaku pada kawan baik saya. Bagaimana dengan jawapan anda?

Fun Information : Baby's gender is determined immediately upon fertilization; depends on either XX chromosome (girl) or XY chromosome (boy) carried by the successful sperm. Oh ye. Kakak saya juga mengandung, bayi batch 2011. Selepas 3 orang lelaki, inshaAllah kali ini beliau bakal menimang cahaya mata perempuan! Yippereeee!

5 comments:

tentangseseorang said...

simptom bayi lelaki :)

Amyz! said...

simptom masa saya pregnant hari tu menunjukkan kononnya saya mengandungkan bayi perempuan.

tapi keluarnya lelaki.

hahaha.

lepas tu, tak percaya pada simptom lagi. hahaha.

Ahsuez said...

Hahaha..

Dua jawapan yang berbeza!

Tu la, susah nak jangka, kan? Walau dah scan pun, selagi tak keluar budaknya, masih belum 100% confirm lagi.

sato oreo said...

Ahsuez,

Compare dgn simptom masa eirsa.. Kalau simptomnya sama..possibly jantinanya pon sama juga..:-)

Ahsuez said...

Sato, symptoms morning sickness melampau memang sama, symptoms lain tak sama. Masa Eirsa dulu aku sibuk nak bercantik-cantik. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...