Showing posts with label Childhood. Show all posts
Showing posts with label Childhood. Show all posts

Tuesday, February 4, 2014

Gambar-gambar Gonjeng

Balik kampung hari tu selak-selak album terjumpa gambar-gambar gonjeng aku. Banyak lagi sebenarnya, terutama sekali album masa zaman sekolah rendah dan sekolah menengah. Tapi mana entah tercampak album-album yang lebih menggeletek hati kalau ditengok semua tu entah.

Aku tak kan nak simpan keseronokan menggelakkan gambar gonjeng sendiri sorang-sorang, ye dak? Mestilah nak share dengan kawan-kawan paparan gembira ini.

Moh le kita tengok gambar-gambar ni semua.

Praise Lord for the creation of camera and printer.

Akak (skirt pink bersinar), Along (baju jenama Asics tuck in dah habis stylo dah la masa tu), Aku (the Rosmah-look-alike-hair, the cropped jeans, could never go wrong, right? *flips shawl*), Yani (dress purple, mak jahit, gigi sebatang hilang).

Along and yours truly. I was a small baby. And I still am small, tapi dah gebu dek lemak. This picture was taken when we were at Kampung Selayang Baru.

Akak and yours truly. Amboi, baju kebaya kilat merah jambu ni memang kegemaran aku sangar masa zaman-zaman ni. I first had this when I participated in persembahan tadika and was my highlight of the life since then. Pergilah event-event yang grand, memang baju ni lah aku tala. Eh, banyak ke event grand tu? Kikikiki..

Aku, Along, Akak. Another adik-beradik berdiri dan duduk tegak style of picture pada zaman itu, di kenduri kahwin salah seorang mak atau bapak sedara. Mana nak ingat yang mana satu. Kami adik beradik yang lahir sebelum raaaaamai lagi sepupu-sepupu mak kahwin. Lalu kami selalu mengunjungi kendiri kahwin sedara-mara sejak dari kecil lagi.
Baju aku dan Akak mak jahitkan (that's why I always believe that I also have talent in sewing but I yet have the time to prove it), bedak seinci memang wajib kalau tak tak shantek, ok! 

Mak kata Suhana Ani yang pada masa bayi memang sangat lasak. Panjat sana, panjat sini, aku pun tak tahu apa masalah dia. Dah ada anak sendiri rasakan, Eirsa dan Eivie, sebiji tiru perangai mak diaorg. Terutama si Eivie.  -__-"

Aku dan Akak. And what's up with me in many red outfits? Aku pun tak tau. Habis glamer dah kot warna merah ni kat mata aku. Oh ya. Rambut aku memang jenis yang wild wild west. Lalu memang suka bercekak sebab konon nak nampak effect rambut lebih lurus. Puih. Selalu je cemburu dengan rambut dak Akak ni, sebab lurus dan boleh simpan panjang.

Aku dan Akak yagi (lagi, Eivie's version). Ini pada masa kami di rumah Kampung Selayang Baru, Selangor. Beberapa tahun lepas tu, semua kena hangkut balik Kampung Bertam Hulu, Melaka.

Yours truly. Air lior menjejeh. But I know, she was and still pretty.

Wednesday, January 15, 2014

33 Tahun Punya Cerita (Fast Forward Version)

1) Mak aku dulu tak perasan mengandungkan aku sampai kandungan 5 bulan. Sebab masa tu kakak aku baru je umur 9 bulan.

2) Mak aku dulu terpaksa bersalinkan aku atas troli hospital sebab aku ni jenis tak sabar nak tengok dunia. 

3) Tapi nasib baik juga perangai gelojoh aku macam tu, tak perlu mak aku nak rasa sakit bersalin lama-lama. SAKIT GILA OI!

4) Dalam kepayahan mak yang ibu tunggal nak jaga anak semua, alhamdulillah, kami adik beradik semua ok, dan menjadi. Tidaklah mewah tapi alhamdulillah, tak seorang pun yang menyusahkan keluarga, agama, masyarakat dan negara.

5) Harapnya dalam 33 tahun ini (dan masa akan datang), aku tak susahkan mak sangat. Aku tau aku bukan anak yang baik sebaik-baiknya. Kau tahu lah simtom anak yang tengah, seorang abang, seorang kakak, seorang adik perempuan, seorang adik lelaki. Yang paling ketara, perangai degil.

6) Harapnya aku takkan lupa semua jasa mak, bermula dari mak mengandungkan aku, mak kena pulak menahan daripada tak terbersalinkan aku dalam kereta, saaaaampai lah sekarang. Banyak oi 'hutang' aku kat mak 

7) Terima kasih Allah sebab bagi aku rezeki nak ke sekolah menengah berasrama yang perbelanjaannya ditanggung penuh (dapat bantuan pelajar miskin), kemudian dapat pula biasiswa masa di universiti. Tu pun masa sekolah menengah dalam keadaan yang masih tak peka dan tuli dengan kesusahan mak, aku kadang-kadang minta jugak mak duit nak beli benda yang lebihnya sebab terikutkan kawan. Dan kemudian mak jugak la nak hadapkan aku ni nak bertunang, kahwin dan masa nak bersalin pun mak jugak datang hospital temankan dan jaga dalam pantang.

8) Moga mak ampunkan semua dosa aku yang aku tau bukanlah sedikit malah mungkin sentiasa bertambah.

9) Harapnya Allah makbulkan doa aku nak bagi mak rasa benda-benda yang indah kat dunia ini dan doa aku supaya Allah menjaga mak aku di akhirat nanti.

10) Harapnya Allah bagi aku segala peluang, kekuatan, ketabahan, kewangan yang cukup, untuk menjaga mak masa mak dah tua nanti, dalam keadaan yang selesa. By all means, she deserves it.

Amiiin.

Happy birthday, dear me.


Friday, February 18, 2011

Cerita Tentang Seorang Penuntut Ilmu Yang Cintakan Muzik

Aku ni jenis selalu lambat masuk kelas tuisyen. Setiap kali masuk kelas, semua kerusi dah penuh. Selalunya ada satu je kerusi kosong. Kerusi sebelah minah tomboy.

Aku tak tahu samada memang dah takdir ataupun orang lain takut nak duduk sebelah minah tomboy tu. Minah tomboy ni minat benar dengan KRU. Setiap kali datang kelas pakai t-shirt KRU. Masa tu mungkin t-shirt dia nampak hebat & cool. Tapi bila difikirkan semula sekarang, t-shirt yang dia pakai tu tahap entah hapa-hapa je.

Asalkan ada peluang, dia mesti nak cerita pasal KRU. Cerita pasal dia pernah pergi konsert KRU. Dia pernah jumpa adik-beradik KRU. Pasal dia dah hafal semua lagu-lagu KRU termasuk step tarian. Rasanya kalau ada pentas depan kelas tu mesti dia dah tergedik-gedik demo step tarian ala KRU.

Kalau dah setiap minggu melayan dia pasal KRU, aku pun naik meluat. Aku rasa orang bukan takut nak duduk sebelah dia. Tapi orang sebenarnya menyampah nak duduk sebelah dia.

Walkman dia cuma pasang lagu KRU. Satu hari dia tunjuk kaset-kaset KRU dalam beg. Buku tuisyen ada sekeping dua je. Beg berat sebab penuh dengan kaset. Tak ada ciri-ciri ketokohan seorang ilmuwan langsung.

"Alah, setakat kaset. Aku peminat 4U2C ni lagi canggih. Gantung CD kat leher. Aku cuma tak pakai kat kelas je" kata aku yang sudah berbulu.

Sejak hari tu dah tak ada lagi kerusi kosong untuk aku sebelah dia.


Nota: Happy 19th Anniversary, KRU! Korang memang legend. Aku masih simpan 2 kaset original KRU.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...