Monday, September 22, 2014

Kalau Murah, Beritahu Kawan

Uuuuuuuih, memang sibuk! Kadang-kadang sangat sibuk, sekali-sekala tersangat sibuk. Hujung minggu memang dah sedia terbahagi; Sabtu untuk uruskan hal rumah, Ahad untuk menggembirakan anak-anak. Perkara pertama tu memang wajib, kalau banyak duit memang boleh upah interior designer je tapi duit pun ngam ngam, lalu semua kerja-kerja planning, idea pouring, head cracking, call sana, pergi sini, semua tu memang kena buat sendiri. Nak cerita semua kat sini memang tak terdaya. Lalu, mana-mana yang dan sahaja lah. Gasak.

Tapi yang ini rasanya lokek kalau kami tak kongsi. Sebab kami dapat cerita pun dari blog-blog yang lain. Kalau tak, masakan ketemu tempat ini. Dan disahkan oleh beberapa kawan di Twitter, lalu berdoyon-doyon semua ke JF Home Appliances, Subang Jaya setelah membandingkan harga dengan beberapa kedai lain.

Tuan kedai ramah-tamah dan kelihatan jujur : Checked.
Kedai senang nak dicarik (ada dalam Waze) : Checked
Dapat free gifts : Checked.
Free Delivery : Checked.
Harga patut : Checked. Untuk barang yang kami beli, it was the cheapest among those shops that we've visited.

Di kedai ini kami telah membeli hood, hob, oven dan microwave. Untuk barang lain, rasanya boleh dapat murah di kedai lain dan kami masih mencari. Malahan Mr. Ea cakap "Washing machine you jangan beli kedai saya lah, saya tak dapat jual harga murah." Tokeh kedai Mr. Ea dan isterinya Mrs. Vanessa yang akan melayan pelanggan sendiri. Lalu, cubalah kawtim harga tanpa putus asa (sebab kalau dah berhabis kawtim, Mr. Ea sendiri akan cakap "Itu harga sudah murah, kalau murah lagi saya terpaksa cakap bye bye saja."

Tapi sebelum conclude apa-apa, pastikan kamu buat perbandingan dengan beberapa kedai pilihan masing-masing, barulah membeli. Memang perlukan beberapa kali visit, memang perlukan kesabaran tinggi, memang perlukan kadang kala kena tinggalkan anak-anak untuk dapat membuat keputusan dengan lebih waras. Kau hingat senang ke nak pindah rumah baru hoi!

Idaman. But not this time.

Round lah satu kedai, tanya satu-satu bagi bebetul puas hati. Mr. Ea might be biased when it comes to brand (dia akan push ke Rinnai dan Fotile), but be prepared dan cekalkan pendirian. Hahaha!


Mr. Ea, jejaka berbaju putih.

Sesi kedua, angkut si duo ini. Sedang bermain hello hello dan nyanyi nyanyi.

Aktiviti berfaedah anak beranak sesambil menunggu. Sesi kedua ni, kami sebagai support system saja, sebab sebenarnya kami dah membeli pada sesi pertama. Hahaha. (Berbaju kurung kerana terus ke kedai ini sejurus pulang dari kenduri kahwin)


Note : Tak, saya tak dapat commission apa-apa. Saya bukan agent.

2 comments:

wande-ful said...

suhannnnn !

bila i baca post ni baru i teringat.
cis...napa la aku tak g survey kt sini dulu..

well damages done.
nnt akan g visit sini plak.

more post like this please.

Ahsuez said...

Dah la mel, berbuih aku pok pek kat Whatsapp sana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...