Tuesday, September 30, 2014

Menguruskan (Bukan Tubuh Badan)

Kadang kesian juga terpaksa mengangkut si dua kecik ni ke hulu ke hilir sebab nak menguruskan hal rumah baru. Tapi disebabkan mereka kelihatan happy je, tak de la tebal sangat perasaan bersalah. Dan. Bila memikirkan rumah tu untuk mereka berdua juga, boleh lah nak digagahkan lagi mengangkut. Cuma kesian tetap kesian. Kita yang besar ni rasa penat, mereka apatah lagi (walaupun secara zahirnya aku tengok elok je melompat berlari sampai ke malam. Pffft..)

Menguruskan rumah sebelum ini, I was heavily pregnant with Eirsa. Masa tu memang berat, tapi nak bergerak tu lebih ringkas. Masa tu memang cepat penat, tapi boleh berehat sekejap dan sambung semula, sampai ke malam. Tidak perlu memikirkan pasal budak, sebab budaknya senang dibawa ke hulu ke hilir di dalam kantung.

Tapi kali ini proses menguruskan rumah baru dah bertindih dengan proses menguruskan dua orang budak ni ha. Dah kalau namanya bawa budak-budak, memanglah berkicauan suasana. Kalau suara saja yang kuat, boleh tahan lagi. Tu, kaki tangan tu, sama kuat. Kuat berlari kakinya, kuat membelek tangannya. Dalam erti kata lain, jika dikekang, bakal menghuru-harakan kedai yang kami singgah-singgah. Ada tuan kedai tak kisah dengan budak-budak, ada yang depan mak bapak dia buat tak kisah tapi belakang dia jeling-jelingkan anak-anak aku (aku perhati, ok! jangan nak bermuka-muka sangat), ada yang depan-depan aku diaorg soundkan bebudak. Tak de la nak marah tuan kedai, tapi rasa tak best nak survey kalau dah anak-anak begitu aktif dan tuan kedai mula menunjukkan rasa tak senang. Hati aku pon silap-silap boleh jadi panas.

Oleh itu. Kena la membawa bekal fizikal, emosi dan mental dalam bentuk pelbagai. Nasib baik atuk dan opah ada iPad dan tab, boleh pinjam. Sebagai tambahan, kami bawakan buku-buku, sebagai ubat duduk diam. Nasib baik buku-buku hasil beli di Big Bad Wolf tahun lepas masih ada lagi. Buku-buku lama biasanya dah tak berapa laku kat budak-budak ni. Kalau ada buku-buku baru, baru ralit.






Tu pun tak lama, dapat lah duduk diam 30 - 45 minit. Kemudian dengan tiba-tiba menyerap semula ke dalam badan, satu bentuk tenaga tahap tinggi, mana dapat entah. Datang semula tenaga untuk berlari, melompat, macam baru makan gula sesenduk. P.E.N.G.S.A.N.

Masa-masa yang waras untuk kami membincangkan hal rumah baru adalah masa-masa seperti berduaan dalam kereta pergi dan balik pejabat, masa-masa take five di pejabat, masa-masa lepas makan malam sementara bebudak ni melompat atas katil, masa-masa beginilah yang kami selitkan untuk bincang hal-hal rumah baru. Tapi boleh lah. Progress rumah baru alhamdulillah berjalan juga despite all the chaos. Haha. Chaos. Sememangnya chaotic when you are working and at the same time have to look after two tak-duduk-diam, kids! Eirsa tu boleh lah disogokkan dengan kertas dan pen lalu dia akan menulis. Eivie tu tak ada benda yang boleh bagi dia ralit lebih dari 30 minit. Semuanya cepat membosankan.

Dah lepas seharian mak bapak penat, budak-budak pun penat dek mengikut mak bapak, kita bagilah sikit ganjaran. Ganjaran yang murah, menggembirakan walaupun ada unsur tidak berapa sihat sedikit. Sekali sekala, tak apa lah. They deserved it.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...