Wednesday, September 3, 2014

Si Penghibur Hati

Eivie sudah mula bercakap patah perkataan yang boleh difahami oleh seorang dewasa seawal umur setahun empat bulan.

Mau kau tak terperanjat kami laki bini bayi tak sampai setahun setengah dah pandai bercakap. Sebab Eirsa dulu memang keluar perkataan Jerman semata-mata. Dan kadang kala mungkin Rusia. Sampai umur dia dah nak dekat tiga tahun baru boleh faham butir perkataan.

Disebabkan Eivie dah pandai cakap seawal umur itu, maka setahun lebih selepas itu yakni sekarang, dia dah sangat petah bercakap. Macam orang tua-tua. Nasib baik mak dia tak tua sangat. Eh.

Setiap hari tu mesti ada benda baru yang terkeluar dari mulut Eivie. Memang sangat menghiburkan!

Dan beberapa minggu lepas.

Mommy, I want to go downstairs.

Upstairs lah Eivie.

I want to go upstairs.

There's nobody upstairs lah. Everybody is downstairs. Semua nak makan.

I want to go upstairs. Yesbody upstairs mommy, yesbody upstairs. Ha see? Yesbody upstairs. Ha. Atuk ada. See?

Masa dia berjaga, aku sangat terhibur tapi lelah menjaganya. Masa tidur, rindu sangat rasanya.

2 comments:

Samurai said...

"Nobody anywhere" - Eivie.

Ahsuez said...

Papa, complete with gaya, please.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...