Buat infused water ni sangat senang sebenarnya, dari segi teknik. Hatta yang bodoh bodoh alang dalam arena masak memasak macam aku ni pun pejam mata pun boleh buat. Tapi. Makan masa (dan makan duit juga, lebih sikit dari biasa).
Satu, masa untuk menyediakan. Berganda-ganda masa yang diperlukan untuk menyediakan infused water ni berbanding masa untuk kau takung air, curahkan cordial, godak serba sedikit, bubuh ais kasi feel macam kedai, voila, siap!
Berbeza dengan penyediaan infused water, kena basuh buah, kena kupas buah, potong buah kecil-kecil, kemudian baru masukkan air. Kemudian masukkan dalam peti sejuk untuk di-infuse-kan.
Dan bukan dan dan tu kau boleh minum. Ha, tunggu lah kau sana sekurang-kurangnya dua jam baru air buah menyerap masuk dalam air. Lagi lama tunggu, baru rasa buah lebih sebati dengan rasa air kosong. Biasanya aku buat malam, untuk kegunaan hari esok di pejabat.
Botol yang aku beli ni ada pemerah jus manual disertakan. Lalu berselang seli infused water kami dengan air rendaman buah-buahan, dengan air perahan limau atau lemon.
Resepi? Berlambak. Sila berurusan dengan Google. Nak tiru sebijik boleh, nak try ikut suka dan perbaharui dari masa ke semasa pun boleh. Ikut lah tekak masing-masing. Disebabkan infused water ni takkan sama rasa manisnya macam makan buah (i.e. tak manis sangat), aku tambahkan madu. Tak perlu banyak, cukuplah untuk menaikkan rasa. Buah rendaman boleh sahaja diratah lepas air habis diminum.
Buat masa ni, infused water yang paling gemari adalah daripada buah delima (pomegranate). Sedap hoi!
Koleksi infused water hari-hari kami dalam gambar-gambar di bawah. Nak buat variety sangat setiap hari rasa membazir pulak, sebab akan beli buah yang takkan habis dipakai sekali. Lalu dalam seminggu dua tu kasi ulang buah sama beberapa kali, sampai habis, kemudian baru beli baru.
Aku : Pomegranate + mango Dia : Pineapple |
Aku dan dia : Strawberry + Blueberry (di dasar botol) + Orange |
Aku : Pomegranate Dia : Apple |
Aku dan dia : Orange |
Aku : Pomegranate Dia : Lemon |
Photo notes :
1 : Bottles are differentiated using a rubber band.
2 : 1 medium-sized pomegranate can be used for 2 sets of infused water bottle. Sebab tu asik pomegranate je, di samping memang rasa yang saya suka. Dan kenapa perlukan justifikasi ini?
No comments:
Post a Comment