Friday, September 5, 2014
Nah, Ambillah!
Ke hadapan suami, anak-anak, mak, mak bapak mertua, adik-beradik dan kawan-kawan yang tersayang.
Saya telah mendaftar untuk mendermakan organ-organ yang yang masih elok, kepada mereka yang memerlukan, setelah saya meninggal dunia kelak.
Kenapa saya melakukan semua ini? Kenapa?? Oh. Usahlah begitu dramatik. Kosser mak.
Untuk saya, saya tahu tidak banyak bekal pahala yang saya kumpulkan untuk menghadapi kematian dan hari akhirat kelak. Beg bekalan iman saya yang sekarang selalu saja bocor. Saya jahit tang sini, rompong tang sana. Saya jahit tang sana, rongak tang sini. Beg iman saya tak kuat. Oleh itu harapnya Allah akan mengisi lagi beg amal kebaikan saya dengan pahala-pahala indah melalui pendermaan ini. I'm also the type who believes that if I no longer require something, that thing might always be useful to somebody else.
Untuk suami, anak-anak, mak, mak bapak mertua, adik-beradik dan kawan-kawan tersayang, saya berharap sekiranya organ saya didermakan kelak, anda semua akan dimaklumkan tentang siapakah penerima organ-organ saya yang tersebut, supaya kalian boleh mengenang saya dalam bentuk yang berbeda selain dari gambar-gambar kaku dan video-video yang tak tergapai tangan. Semoga kita sentiasa dekat sepertimana saya bersama kalian ketika hidup. Langkah meng-klik link borang penderma organ ini dari tweet seorang doktor lalu terdetik untuk mengisi borang dan seterusnya menghantar borang berkenaan secara maya, harapnya dapat memberi serba sedikit semangat, keyakinan dan dorongan untuk anda semua membuat perkara yang sama. Organ kita yang baik itu janganlah dibazir-bazirkan setelah kita mati kelak, kerana begitu ramai sekali yang memerlukannya.
Untuk mereka yang bakal menguruskan proses pendermaan organ saya setelah saya pergi menemui Ilahi nanti, harapnya dapat disegerakan segala proses yang berkenaan supaya tidak mengganggu proses pengkebumian saya, oleh waris-waris saya nanti. Tidak sanggup rasanya saya mahu membiarkan suami, anak-anak, mak, mak bapak mertua, adik-beradik dan kawan-kawan melalui masa yang lama dan proses yang pelbagai apatah lagi menyusahkan, untuk mereka menguruskan jasad saya hanya kerna saya telah mencarum dengan skim ini. Jangan disusahkan mereka, ok? Promise me?
Untuk penerima organ-organku satu hari nanti, harapnya organ-organ saya dapat membantu anda hidup dengan lebih bersemangat lagi. Jangan sia-siakan harapan saya dan semua kesayangan saya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment