Tapi memang aku suka berbual dengan mak, tiap kali berbual dengan mak seolah-olah aku berada di satu dimensi yang lain. Hanya aku, mak, iPhone5 aku dan gagang telephone cordless mak di kampung. Bergosip lah kami bukan main lagi, bukan pasal artis sebab aku ni bodoh sikit nak bercerita hal perkembangan artis, tapi gosip perihal yang senang-senang. Pasal perkara sehari-hari, pasal keluarga kami, pasal keluarga orang lain, pasal keluarga tok sidang rumah depan, pasal keluarga menteri, pasal semua lah. Kadang-kadang bergaduh juga kami tapi syukur kepada Tuhan, buat masa ini aku masih lagi sedar diri yang siapalah aku tanpa Puan Sabariah Abas, lalu setiap kali aku berasa hangin, aku akan hembuskan (read : bukan kentut) hangin itu jauh-jauh.
Aku telefon mak tak selalu. Dua tiga kali dalam seminggu. Balik kampung pula, sekali dalam sebulan.
Eh kau ni, tak baik kau buat kat mak kau macam tu, kena la telefon selalu, hari-hari ke, balik kampung seminggu sekali ke.
Kau yang bercakap tu, jika kau wujud, kau diam situ. Sesungguhnya jika diberi peluang, memang aku akan buat. Tapi buat masa ini, mungkin aturan seperti ini adalah yang terbaik untuk kisah percintaan kami. Sehari-hari juga adik-beradik ada beri updates di whatsapp group kami, lalu tidaklah berasa ketinggalan. Oleh itu buat masa ini, the systems works fine.
Ok. Sebenarnya post ini memang hanya sekadar luahan perasaan sahaja. Sebab dari semalam belum dapat telefon mak dan bercakap betul-betul selama hampir sejam seperti biasanya. Lalu belum sempat mendengar kisah beliau hampir bergaduh dengan pekerja TM tentang telefon rumah yang dah rosak tapi tak dibetulkan.
Ini emak saya sewaktu kami di Hong Kong. Menjadi cita-cita saya untuk membawa emak berjalan-jalan ke mana-mana tempat di seluruh dunia, yang termampu oleh kami. Harap Allah bagi kami peluang ini. |
Nota : Ini cerita semalam.
No comments:
Post a Comment