Friday, November 29, 2013

Harap Anda Tak Lempang Saya

No. I don't do something like putting up a super simple blog update, just for the sake of ensuring my blog is updated at least once a month.

No. I don't.

No.

Oh.

Oh wait.

I just did.

Monday, October 21, 2013

Salah Intepritasi Atau Kreatif Dalam Mengintepritasi?

We don't know if we've overused this phase, but it looks like Eirsa has taken this further than our original intention to a funny we-don't-know-what to-say situation.

When Eivie intentionally/unintentionally hit Eirsa, knowing that the physical impact is not that bad, we'll usually go, "It's ok Eirsa. Sikit je, tak sakit kan?" But of course soon after that we'll tell Eivie not to repeat the same thing in front of Eirsa, to support the point that it's not ok to hit each other. The purpose is clear : to let Eirsa know that it Eivie might not have the intention to hurt her and that siblings do fight.

We sometimes also tell her that "It's ok, sikit je." whenever she falls down (yang jenis sikit-sikit tu), so that she could get up, buckle up and don't get upset/demotivated about it.

"Sikit je."

But seems like Eirsa has taken it into a whole new "Sikit je." level.

Yesterday Papa caught her playing with water sprayer for whatever experiment that she's up to. Papa almost slipped when stepping on the small pools of water created from her experiment. Papa asked what was she doing. And she said, "Tak pe, sikit je."

So sebenarnya nak marah ke nak gelak ni?

Ini sebenarnya bukan pertama kali Eirsa mensikitjekan perbuatan dia yang kami tegur. Dah beberapa insiden yang dia mensikitjekan mak bapak dia ni, ended up kitaorg gelak je.

Haih. Anak... Anak... :D

So yes, it's time to explain to her the different between "It's ok, tak pe, sikit je." versus "No, it's not ok but we are not angry at you and you should not do it again."

Saloma ni lah yang selalu menggelikan hati kami dengan kata-katanya.

Footnote : Dealing with a 1.5 yo and a 4.5 yo is amusing in their very own way. I would say, most of the time Eivie amuses us with her actions while Eirsa, with her words. Precious.

Monday, October 7, 2013

Musim

Yang paling sebak adalah bila tengok anak letih tak bermaya, badan menanggung sakit.

Eivie demam secara terus-menerus dari sabtu malam, sampai ke pagi ni ha. Ubat makan tahan beberapa jam je, seharian tak makan dan minum sangat, letiiiih je. Badan memang sentiasa panas. Dah bagi ubat, mandikan, sentiasa basahkan kepala, tetap tak kekal kebah. Aku dah masukkan ubat buntut (Voren) dan dah suapkan madu campur lemon malam tadi pun (bagi elok sikit tekak), pagi ni berbalik semula demamnya. Sepanjang malam tidur dengan nafas berbunyi. Sepanjang malam juga aku ni macamkan tidur macamkan tak. Bukan apa, aku takut kalau terlelap dan suhu badan Eivie naik tinggi dan aku tak perasan. Ear thermometer aku dah salah letak memanglah takkan jumpa masa kau nak pakai, kan. Thermometer yang bubuh kat ketiak tu, masa sebelum tidur kami guna, ok, masa aku terjaga pukul 2 pagi dah out, habis bateri. Mau tak susah hati aku.

Batuk masih sikit tapi dada dah berbunyi. Pernafasan pun berbunyi. Weezhing, istilah perubatannya. Memang pagi tadi kena bawak pergi Klinik Altaf (so far our most fave paediatrician. Tulis nama jam 9, tu dia dah 5 orang lebih awal dari kami. Jam 10.30 baru dapat jumpa doktor. Dan Dr. Altaf, seperti biasa, memang menyenangkan dan meyakinkan.

Suhu badan pagi tadi setelah dibasahkan kepala adalah 37.9. Dr. Altaf tak sebut pasal jangkitan paru-paru, tapi laluan pernafasan dah bengkak, juga bengkak pada peti suara. Degupan jantung kencang dek saluran pernafasan lebih sempit dari biasa.

Dr. Altaf mencadangkan sesi nebulizing 7 minit HANYA JIKA Eivie tak meronta dan meraung. Tahukah anda sekiranya kanak-kanak dengan di-neb-kan dan meraung, peti suara kanak-kanak akan membengkak? Nasib baik kali ni Eivie ok, HANYA SELEPAS disogokkan dengan iPad. 

Oleh itu, rawatan nebulizer susulan di klinik pada petang nanti, yang diselangselikan dengan makan 4 jenis ubat dan evohaler melalui corong pernafasan di rumah.



Dr. Altaf suruh monitor progress sampai pagi esok dan jika keadaan wheezing dan demam masih sama, perlu dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Aku suka pendekatan macam ni; cuba dulu dan jika tak berjaya, baru ke hospital. Kalau pergi klinik panel yang biasa tadi, berkemungkinan besar aku bukak mulut je doktor dah tulis surat rujukan untuk masuk hospital, macam kes lepas.

Sayang mommy, get well soon ya!


Tuesday, October 1, 2013

Jari Menjadi Mangsa Dipersalahkan Jika 'Typo'

This was an experiment by my angels and I. Showed how chronic our typos when we were being honest with the relationship between our good chubby thumbs and the touchscreen keyboard.







But it was fun!!

Monday, September 30, 2013

Kuah Lodeh, Kini Tidak Lagi Mustahil



My first kuah lontong / kuah lodeh. EVER.

Aku tiru resipi Filla sebab mudah.

Beritahu pencapaian ini pada adik-beradik di WhatsApp dan adik-beradik dengan concern nya telah mengkhaborkan kat mak.

Mak pulak risau kalau aku tak masukkan ini, tak masukkan itu. Mak memang sweet sangat. Lalu mengongsikan beberapa petua dan sempat bagi satu warning supaya aku tanya beliau terlebih dahulu kalau nak masak apa-apa.

Bertambah juga lah kami anak beranak, maka lebih bersemangat lah lagi nak memasak lepas ni.

Minyak dah naik harga, multiplier effects nya adalah lebih terasa berbanding kenaikan harga minyak itu sendiri. Oleh itu, kenalah mula memasak semula, supaya hujung minggu tak asik makan di luar. Juga supaya tiap kali aku masak bukanlah benda yang sama. -_-"

Tapi kuah kacang / kuah sate di atas masih ehsan pes masakan segera, namun tiada pengawet. Untuk pes masakan Kak Nab, boleh berhubung dengan Kak Nab di 017 663 4167 untuk maklumat lanjut.

Friday, September 13, 2013

January Baby

I'm not re-pregnant yet. Hold your horses, people!

Nonetheless, I read from Filla's blog and found this quite interesting.

Originally from Dr Fadzilah Kamsah, the descriptions about January babies impressively match mine by, hmmmm I could say, 90%.

JANUARI

Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
Pandai mengambil hati orang lain.
Pendiam kecuali telah dirangsang.
Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
Cukup sayang pada kanak-kanak.
Suka duduk di rumah.
Setia pada segala-galanya.
Perlu belajar kemahiran bersosial.
Sifat cemburu yang sangat tinggi

I post yang January sahaja. Yang bulan lain uols bacalah sendiri kat link tu. Kosser.

Wednesday, August 28, 2013

Cooking Disaster

Sebenarnya kalau kau cuba resipi yang paling kurang pun tahap MasterChef Malaysia, boleh lah nak kata cooking disaster kan.

Tapi aku ni kes yang sebenarnya lagi sikit nak jatuh kategori tak tahu memasak. Tahu memasak, tahu. Tapi yang jadinya ada lah 50% dari segala percubaan. Ok lah, up sikit, 60%. Lain semua disastrous! Masuk tong sampah.

Ahad kelmarin konon-konon aku nak tiru resipi ini untuk sarapan yang alamakaih punya la kacang *sambil ketik jari*, tapi TU PON TAK JADI. Mula-mula beria ambil gambar nak bubuh kat blog (nak buat jadikan bahan blog) sambil dalam hati ada riak sikit nak bagitau "improvement" yang aku buat kat resipi tu bagi jadi perfect, tapi haraaaaaam tak jadi.

Aku berhenti ambil gambar kat sini je. Sebab konon nak try dulu. Kendian baru ambil gambar yang cantik-cantik guna resipi yang menjadi.


Tapi lepas 3 kali percubaan (1 kali konon-konon ada penambahbaikan, 2 lagi tiru resipi asal), aku dah lagi sikit nak campak mug. Microwave french toast in mug konon. Pui.

Rasa tak de lah buruk tapi keadaan makanan tu alamakaih. Bagi Eivie pon dia tak nak.

Kadang semangat je nak memasak untuk papa dan Eirsa (untuk anak-anak masa mereka bawah umur setahun memang aku masak selalu sebab tak suka bagi makan luar), tapi bila ikut resipi pon jadi hampeh, terus rasa down habis. Terus-terus nak capai phone dan call Dominos. Puas hati.

Bila dah frust tu, rasa macam membazir je masa kat dapur. Baik aku layan si adek manes ni yang sekarang ni tak boleh nampak mommy, sikit-sikit tersidai kat gate dapur, sikit-sikit tersidai kat gate dapur. Manja sangat ni, suka sangat aku gomol dia. Eirsa dah tak nak dah digomol-gomol ni, kecuali kalau main geli-geli (geletek).


Oh. Tapi. Sebenarnya. Saya cuba satu lagi resipi mudah di bawah ini, SYUKUR ianya menjadi, papa pun suka. Tapi tak ikut resipi sebiji-sebiji, saya ubah ikut hati dan perasaan. Sebabnya, fungsi rice cooker masing-masing kan ke lain. (Tiba-tiba cakap saya)

Ingredients
·         2 cups pasta (i used macaroni, but you could also use rotini, faralle or bite size pasta)
·         1 1/2 cups chicken stock (i use low sodium stock)
·         1 teaspoon salt
·         1 cup whole milk
·         1 1/2 cups cheese ( i use a 3 cheese blend of cheddar, mozzarella and monterey jack)

Preparation
1.    1. Place the first 3 ingredients in the rice cooker and cook for 15 minutes.
2.    2. Open the lid, add the milk and cheese, stir to combine, close the lid and cook for an additional 20 minutes (25 minutes if you want it to have a crust on the bottom).
3.    *Rice cookers can cook at different heats, so make sure to check the mac & cheese after if cooks for 30 minutes once or twice.
4.    3. Serve.

Oh lagi. Juga pernah masak laksa johor ikut resipi. Pertama kali. Jadi. Siap hidang kat orang lagi. Dabom juga. SYUKUR.

Hmmm.. I actually need an oven.

Friday, July 26, 2013

Cerita Fidyah Tahun Kedua

Mula-mula aku ingat nak tweets je pasal ni. Tapi panjang sangat pulak. 

Papa baru saja pulang dari menyelesaikan zakat fitrah dan membayar fidyah untuk isterinya ni ha. Fitrah untuk 4 orang, fidyah untuk 26 hari puasa yang aku belum belum dapat ganti. Ada beberapa faktor yang membuatkan aku tak sempat ganti, harapnya lepas raya tahun ni dapat lah ganti.

So, talking about fidyah. Rasanya pasal zakat, the basic information that I have, if not equal, is less than what you already know. Plus, it's good if you could refer to the correct source. Afterall, zakat fitrah is not new to you and it's a yearly vow anyway. 

So, fidyah. Aku dah dikenakan bayar fidyah ni bermula tahun lepas. When I had Eivie in my tummy for around 2 months, I was as equally sick as when I had Eirsa in my tummy around that period too. But I still could endure Ramadhan and scored 30/30 in my fasting chart. Dah memang tak lalu makan, muntah lah 5 kali sehari sampai keluar asid perut pun, memang tak boleh nak menelan apa pun lepas tu, lalu berpuasa sajalah. 

Masa mengandungkan Eivie, sama jugak. Jenis muntah-muntah hatta terhidu nafas suami sekali pun (terbau kari pun boleh bikin marah), keluar air perut pahit warna kuning, sama je. Tapi, kali ni saya tak boleh berpuasa. Akan rasa sangat letih, boleh pengsan. And I scored 0/30 in my fasting chart for year 2011. Tak pe, tak de rezeki. Tak payah sedih sangat sebab tu Tuhan bagi kelonggaran untuk tidak berpuasa.

In 2012, alhamdulillah, feeding Eivie lengthened my first BFF monthly visit after delivery and I could score full marks during Ramadhan. I mean puasa penuh lah walaupun dalam tempoh menyusukan. Namun begitu, dari masa lepas bersalin saaaampailah bulan puasa tahun 2012 yang sepatutnya aku mula mengganti puasa yang tertinggal pada 2011, aku tak sempat ganti. Tiap kali mula puasa, kepala akan sakit dan ada sekali tu hampir pitam. Mungkin sebab faktor keadaan yang menyusukan. All in all, tak dapat ganti langsung lalu papa kena bayar fidyah sebanyak RM51 untuk 30 hari. Memang betul, puasa dalam bulan Ramadhan dan puasa dalam selain dari bulan Ramadhan, letihnya lain.

The battle of mengganti puasa after that continued until end of Syaaban this year but I only managed to ganti 4 days only. Dah cuba tapi tu je mampu. So tahun kena bayar fidyah sebanyak RM93.60. Ini adalah mengikut kalkulator yang disediakan di laman web Lembaga Zakat Selangor.


Namun begitu. 

Petugas kat Zakat KL pagi tadi bagi info lebih terang pada papa. Begini ceritanya :

1) Klasifikasi aku tak boleh puasa adalah sebab diri sendiri, bukan sebab bayi. Aku yang tak larat nak puasa, padahal kalau aku puasa, bayi tetap berupaya membesar dalam rahim (macam kes Eirsa, aku larat puasa, dah 4 tahun pon anak dara tu). Lalu, aku perlu ganti dan bayar fidyah.

2) TAPI. Jumlah fidyah untuk kes aku ini tak perlu digandakan pada tahun kedua jika tak dapat habis ganti pada tahun pertama, KECUALI kalau tahun pertama fidyah tidak dibayar. Oleh itu, kira-kira di atas tidak valid. Petugas mengira semula berapa perlu dibayar berdasarkan tahun tinggal puasa, tahun ganti, tahun dah bayar fidyah dan keputusannya papa perlu bayar RM46.70 sahaja.

3) Jika tidak berpuasa disebabkan anak, seperti mengandung dan kesihatan anak dalam kandungan akan tergugat kalau ibu berpuasa walaupun ibu mampu berpuasa, tidak perlu ganti hanya bayar fidyah. TAPI untuk kes ini papa tidak diterangkan dengan lebih lanjut kalau fidyah tahun kedua, ketiga dan seterusnya, adakah jumlah akan digandakan atau tidak. Jika konsep fidyah yang sama dengan kes aku, lalu ada kemungkinan bayaran setiap tahun juga adalah sama jika fidyah dibayar setiap tahun (please refer to the correct source for this, we don't have first hand information).

Begitulah adanya maklumat yang baru kami terima pagi tadi. Namun begitu panduan zakat dan fidyah ni mungkin berbeza, terserah kepada kita nak gunapakai yang mana. Sedangkan kadar zakat setiap negeri pun lain-lain, ye dak.

Till then, selamat berpuasa hari ke delapan belas.

Thursday, July 25, 2013

Our First Nebulizer Experience

Yes, it's our very first. We never had any experience with it, neither Eirsa.

But Eivie yang merasmikan pengalaman ini.

We noticed that whenever she's affected with flu, it would take quite sometimes to subside. All in all, it might take around 2-3 weeks. Even with without-fail medicines regime.

We went to our regular panel clinic on Monday, she started to show sign of flu on Saturday (Eirsa yang mula-mula kena on Friday tapi alhamdulillah cepat surut), fever of around 38 Deg Celsius every night and early morning starting from Sunday. The doctor only prescribed her with the regular flu, cough and fever medicines and told us to come back after two days if fever still re-occurred (on and off basis).

Drugs (ubat lah) on, sedut hingus on, Vicks on, she still had fever at night and early in the morning. I suspected this caused by her throat; high possibility she breathed through her mouth, hidung tersumbat kot. Sapu Vicks (for baby, of course) kat tapak kaki, sarungkan stoken, bernafas ikut hidung tetapi sekali sekala ikut mulut, pun tetap tekak dia akan kering. Memang pesen tekak senang kering atau sakit, macam aku. So we brought her back to the clinic yesterday (Wednesday), but this time another doctor was in-charged.

And after checking her current body temperature and her breathings, and listening (or not so) some updated information from us, she advised us to bring Eivie straightaway to the nearest hospital's ER. I requested for antibiotics as advised by the doctor who attended Eivie on Monday, but this doctor refused. She wrote a referral letter and we left the clinic with only the letter (and syringe, aku mintak pasal hari Isnin hari tu tak bagi. kahkahkah).

Eh, takkan dah nak kena pergi hospital? I didn't think Eivie's condition was that bad. But yes, her chest ada bunyi sikit (wheezing). But it's 5.30 already I know my parents-in-law needed to prepare for berbuka meals and all.

Then my parents-in-law proposed us to bring her to her regular pediatric clinic (a bit expensive and not claimable though) for second opinions. Berdangkor-dangkor lah kami anak beranak pergi klinik jam 6.15 petang. Bawa bekal kurma dan air. Dan biskut bentuk ikan untuk anak-anak.

Lucky us there's only a patient when we arrived and we were next.

After thorough check ups (this is why I love pediatric clinics), the pediatrician prescribed her with 3 meds and of course an antibiotic. She also suggested Eivie to be on nebulizer for 5 minutes, to prevent more infection. Oh Eivie was doing fine with the nebulizer, not comfortable but not meraung meronta sepak terajang either. May be because the 'mask' was not placed directly on her face but close enough for her to breathe the gas in (note to self : bring some toys to ralit her).

And the pediatrician asked us to come back the next day (today) for follow up check up, for another round of 'nebulizing' if required. And papa reported to me this morning that Eivie didn't like the second session (he brought her pulak, gilir-gilir) and decided to cry her lungs out sampai berjejes keluar hingus. Bagus, lega sikit hidung dan paru-paru dia.

So parents, second opinions are always (very) helpful. Dan aku pelik kenapa doctor yang kendian tu tak nak suggest nebulizer. Aku rasa nampak je mesin tu kat klinik tu.

Sebelum jumpa doctor, boleh la tenang-tenang main piano.
Ini orang pun sibuk nak mengikut. When she's younger, she hated doctors. Now, she even requested to see a doctor.

I went to the clinic tumpang my parents-in-laws car, i.e no carseat. Moments di atas hanyalah 5% dari keseluruhan aksi Eivie sepanjang perjalanan. Selebihnya sama ada dia memanjat, atau melekap di cermin tingkap, atau berada di tempat kaki, atau memaut pemegang, atau aku peluk dia kekuat dan dia meronta kekuat. I could not imagine parents with young children in a car but without carseats, for more than 1 hour journey. *_*

P/S : We understand that it's perhaps wiser to bring her to the hospital, with all available the experts, equipments and assistants but we also believed that her condition was not that kind of bad. Dia sangat aktif macam biasa and only with the second opinion kami decide tak perlu bawa ke hospital (please take note that second opinion is from another expert, not from tok bomoh ke jiran ke). Tambahan dengan bulan puasa bagai, lebih mudah sekiranya rawatan dilakukan di klinik atau rumah. Tak yah la nak cakap "Bawak je lah budak tu pergi spitaaaaal" pada kami sangaaaat. Kihkihkih.


Wednesday, July 24, 2013

Farm In The City - Seri Kembangan

So this was our second time here. Masa pergi pertama kali harapkan gambar kat phone, langsung lelap je gambar tu dalam phone. Eivie was rather small and she basically spent most of her time in her stroller. Eirsa on the other hand was excited, being it 18 kali sekalipun. I think it's the idea of getting up-close and personal with the animals excites her.

Entering the area (car park) you'd go "Betul ke tempat ni? Macam tempat terbiar je." but there was a Farm In The City signage that would assure you that it was the right place. Entrance memang lah macam tempat terbiar. When it was our first, lagi lah kosong je entrance tu. But when we got back there in June 2013, dah ada fun fair area that might be operating at night.

The entrance fee's quite pricey but you'd be given with unlimited supplies of animals' food. RM30 for adult and RM20 for children taller than 90cm, plus another RM15 x 2 for poney rides (RM15 each), were what we paid that day. You could basically spend your whole day there, had a lunch at a small eatery area, but no surau I supposed. We spent 5 hours that day, termasuk 1.5 jam masa makan. Lepas makan puffff berdesup semula Eirsa masuk ke dalam, sambung main dengan arnab.

The highlights were of course the animals feeding and petting the animals (not all, of course). Eirsa sangat sangat sangat suka tempat ini, especially the rabbits and hamsters section which we spent around 2 hours at this section alone. The good thing was, this section was well-shaded so tak lah panas membahang yang boleh membawa kepada amarah. Animals were sectioned based on their categories. Ada section kekura, ada section burung, ada section rabbit + ikan, ada small reptile sections (dulu ada rama-rama, sekarang dah tak de), goat and deer section (kambing ini boleh berdiri, kalau mood dia baik), ular pun ada. Some exotic animals too (not in big scale though, seekor dua je bagi setiap spesis). Oh, of course there's a fish pond for fish feeding. Rasanya macam ada satu lagi section, under renovation.

Eivie pulak on and off, kejap dalam stroller, kejap main dengan animals, kejap naik balik stroller, tapi tak boleh lelap. May be due to the heat. Bawak kipas pon tak jalan, apa pun tak jalan. But she was a good company, tak merengek pun.

For us who live in the city, this place is a good place to expose our young kids with farm animals. Ok lah, budak yang besar pun boleh but I think younger kids (2-12 years old) will find this place more interesting than the older kids. Oh ya, during our second visit, adalah dalam 3-4 bas budak sekolah rendah / tadika kat situ. This place make a good field trip choice too.

And I would suggest you bring along plenty of water and snacks for the kids. You don't know how long you'll get stuck in there. Yes, it's allowed.

Masuk-masuk je inilah pemandangan anda. Sebelah kiri ada access ke pony riding area, so basically you can move around in a loop. Duduk berjam pusing-pusing dalam ni je pon tak pe. And this place accommodates large tortoises, waiting for you to feed them.

Nah. Makan. Ikut nasib, kadang dah kenyang, kekura tak nak makan. Tapi biasanya mereka rotate beberapa tortoises, supaya tak de lah senak semua kena paksa makan sentiasa.

First round of pony riding. RM15 for a less than 30 seconds ride, memang pedih di wallet sikit lah. But ini orang dah lama sebut nak naik horse nak naik horse. Nah, naik.

She learned to carry a rabbit for the first time. And addicted. So the plan is to get her a pet after raya.

Learned a new way to carry her buddy(ies) too. Dah berlengaih tukang dukung.
She could go hours like this, I tell you.
 
Two Japanese girls with so much passion towards the rabbits. 

Eivie pun bagi makan. Rabbits will never bite your fingers, they's only bite food. Aksi Eivie ini adalah cubaan nak menonyoh menyuap invisible kangkung dalam mulut arnab ni.  -__-"
Mommy's sweetheart. She didn't play with the animals all the time, mudah bosan orang ini. But she's was a good girl, tagged along with me when Eirsa and Papa were playing with rabbits (again, for 2 hours).
Birds section. Ada peacock juga.

1.5 hours break. Tunggu food lama jugak sebab ramai orang.
Sesi penerangan oleh pegawai bertugas (not, laki lah aku tu).

Second round of pony ride. Penutup acara pada hari itu.

Dah sangat penat dan panas.

Sedikit gambar-gambar sewaktu lawatan pertama.

Ada parrot show 2 kali sehari.




*Sebenarnya aku rasa banyak je gambar lain, tapi mana? Mana aku save?? Manaaaaa?!!

Thursday, July 18, 2013

Singapore March 2013 - Final Day

Huarrrrgghhh.. Mengeliat bangun pada hari ke empat dan tak sangka dah last day. We planned for this vacation for a year (from date of ticket flight purchase), tiba-tiba je dah nak balik. Ye tiba-tiba. Diam.

Siloso Beach Resort has a nice swimming pool and of course the last day would be the day for everyone to enjoy this beautifully landscape-ed swimming pool (kecuali aku of couse, sebab sedang sibuk packing untuk balik. Dan oh ye, ibu bapa mertua). And to travel with two kids and with the anticipation of at least a swimming session, now you understand why do we always always have to pack for around a total of 15kgs of bags. Tu pun terbabas 1-2 kg, pinjam 'quota' ibu bapa mertua. Bayangkan pula proses packing, unpacking dan repackingnya. Bayangkaaaaan... Bayangkan saja tapi jangan muntah dek kerenyahan kerja. Kami mak-mak dah biasa.

Shhhhwiming time!

Budak-budak biasalah, suka air. Sedangkan mak bapak budak pun suka, ye dak? The resort's swimming pool has this mini water slide and no one was there except my family. Apa lagi, conquer slide entah berapa ratus kali. 

Eirsa was first getting down the slide on Papa's lap.



Then she got down the slide, still Papa but off Papa's lap.



And many many many times later, on her own. Papa pon dah tak larat nak memanjat slide tu entah ke berapa ratus kali.



My baby Eivie on the other hand, macam biasa lah, Opah tak bagi lama-lama sebab kecik. Sejuk katanya. But of course she still had fun. Budak ni pun pencinta air.

Celup-celup air dua tiga round.



Slide dua tiga round.



Makan biskut dua tida round.

Opah dah panggil naik.


Kemas-kemas, bilas-bilas segala, dah ready for checkout at 11.45am. Our flight was at 4.45 pm and we already booked the van for direct transfer to airport at 2pm. With standard checking out time at 12pm, we still have 2 hours to explore the island. So we hopped on and off the train shuttle exploring the island. Banyak lagi tempat yang kami tak pergi, nanti lah. Mana muat nak sumbat semua dalam itinerary 4 hari 3 malam (bajet pun tak muat).



So yeah. Everybody is looking forward for another Singapore trip in November, same arrangement but different hotel (as mentioned here) and of course itinerary. See you in November 2013, Singapore!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...