Monday, September 30, 2013

Kuah Lodeh, Kini Tidak Lagi Mustahil



My first kuah lontong / kuah lodeh. EVER.

Aku tiru resipi Filla sebab mudah.

Beritahu pencapaian ini pada adik-beradik di WhatsApp dan adik-beradik dengan concern nya telah mengkhaborkan kat mak.

Mak pulak risau kalau aku tak masukkan ini, tak masukkan itu. Mak memang sweet sangat. Lalu mengongsikan beberapa petua dan sempat bagi satu warning supaya aku tanya beliau terlebih dahulu kalau nak masak apa-apa.

Bertambah juga lah kami anak beranak, maka lebih bersemangat lah lagi nak memasak lepas ni.

Minyak dah naik harga, multiplier effects nya adalah lebih terasa berbanding kenaikan harga minyak itu sendiri. Oleh itu, kenalah mula memasak semula, supaya hujung minggu tak asik makan di luar. Juga supaya tiap kali aku masak bukanlah benda yang sama. -_-"

Tapi kuah kacang / kuah sate di atas masih ehsan pes masakan segera, namun tiada pengawet. Untuk pes masakan Kak Nab, boleh berhubung dengan Kak Nab di 017 663 4167 untuk maklumat lanjut.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...