Wednesday, October 8, 2014

Status Kemajuan

Bukan tak nak cerita pasal progress rumah baru, tapi aku tak pandai nak bercerita pasal projek ni. Latest progress : renovation is still ongoing. Ada kerja, kontraktor buat dengan bagus. Ada bahagian, kena tegur untuk dibetulkan. Ada perkara kena tegur, marah, gaduh, baru dia nak betulkan. Kalau kami boleh buat sendiri, memang kami dah buat. Tapi sebab memang kena harapkan kontraktor buat, hadapkan je lah, janji kerja jalan.




Bila nak siap? Mungkin bulan Nov 2014. InshaAllah... Amiin ya Rabbal 'Alamiiin. Harapnya tak lewat sangat. Bukan sebab dah tergesa nak masuk rumah baru, tapi kalau siap cepat, cepat berlapang dada. Tak de la terjaga malam pun susah nak lelap dok memikirkan hal rumah baru. Bukan apa. Dah banyak duit diperuntukkan untuk rumah baru, lalu hasilnya perlulah paling dekat dengan terbaik. Bukanlah berhabis-habisan sehingga kering kocek, tapi perkara-perakara yang perlu, inshaAllah sudah diperuntukan duitnya. Kalau ada yang tak dapat terlaksana pun, biarlah seminima mungkin. Benda-benda penting seperti tambahan power points, tambahan lampu kipas, nak pecah itu, nak pecah ini, nak cat itu, nak cat ini, nak pasang air-cond, nak tanam wayar astro tu semua, kalau rasa akan perlu biarpun 5 tahun lagi, buat sekarang. Bak kata Papa, jangan sampai menyesal. Benda-benda loose seperti perabot, barang elektrik tu kami anggap secondary. Memang lah selagi boleh nak beli, selagi muat budget. Tapi dahulukan benda yang akau cakap 'jangan sampai menyesal' tadi. Letih nak taip semula.

Dah settle semua ni nanti, aku plan nak pergi bercuti, sebab nak meraikan. Hahahaha. Bukankah sepatutnya duduk di rumah baru sepuas-puasnya baru pergi bercuti lah setelah penat mengerjakanya? Nak bikin rumah baru menjadi seakan sebuah resort, masih belum tergapai lagi tahap kewangan. Jika tidak, hari-hari boleh rasa seperti bercuti. Balik kerja bukan pulang ke rumah, tapi pulang ke hotel. Gitu. Eh. Tapi tak juga, kalau dah duduk di rumah ala resort lapan bintang sekalipun, tapi kau juga lah yang kena berkemas, kau juga lah yang kena membasuh pakaian, kau jugalah yang perlu menguruskan semua, bercuti apakah itu? My ideal idea of a holiday is to stop doing all the chores and to just relax with my family.

Eh, kenapa dari hal rumah beralih ke hal cuti? Ya Allah, mudah terpesong sungguh! Kahkahkah.

Oh ya. Sesudah hal mengubah, kami sedang dalam proses menguruskan hal furnishing. Tempat untuk membeli sofa, kedai untuk membeli langsir dan buta-buta (blinds) dan kedai untuk membeli beberapa barang elektrik telah dikenalpasti. Lawatan kali pertama juga telah dibuat. Tinggal nak finalize order, nak bayar-membayar sahaja. Tiba masa nanti, inshaAllah kami akan kongsikan di sini. Kitchen cabinet dan wardrobe mak bapak anak-anak juga telah ditempah dan menunggu lagi 2-3 minggu untuk sampai dan dipasang. Yang itu entah apa pulak halangan dan rintangannya nanti. Harap-harap dipermudahkan. Hal ini juga, jika masuk kategori 'worth a recommendation', kami akan kongsikan di sini, inshaAllah. Tu belum masuk tugas-tugas untuk pergi ke MBSA semula untuk tuntutan cagaran, pergi ke developer's office juga untuk tuntutan cagaran, pergi ke kedai perabot kegemaran di Damansara untuk beberapa perkara yang telah dikira-kira worth buying di situ. Oh. Banyak lagi kerja kami sebenarnya.

Keep calm and keep moving.

2 comments:

Eliea Maryland :-) said...

Su, please share ya kalau ada benda2 yg menarik! Eliea baru nk start renovate rumah nie..ur previous post pasal beli2 brg utk rumah sgt helpfull! Baru nk cari contractor renovate rumah pun dh pening!

Ahsuez said...

Hai Eliea! It has been a while!

You pindah ke mana? Kalau contractor, I tak recommend ours, sebab kitaorg pun dah headache melayan karenah dia. Tak kenal pun contractor tu, just closed deal masa kat Home Reno.

Yang lain-lain, kalau memang bagus, I akan share.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...