Sedang aku berbaring-baring, langsung tak de buat sebarang pembelian secara atas talian, sekadar bermain Sudoku. Tiba-tiba dapat message dari bank :
"Your code is sekian-sekian for online transaction at website-sekian-sekian of USD205. Your code will expire in 4 mins."
Sejurus selepas itu, masuk lagi satu message dari bank :
"TQ for using your card ending sekian-sekian for USD8.56 at Antique Inn bla-bla-bla. For enquiry, call number at the back of your card."
Pulak. Bila masa aku yang tengah berbaring-baring ni sempat nak membeli-beli? Credit card pun tak de dalam tangan, semua dalam wallet, dalam bag, semuanya di bawah. Takkan aku membeli belah dalam separa sedar? Dalam hati? Membeli belah dengan niat sahaja sudah dimakbulkan Tuhan? Cannot be!
Website beli-belah tu pun sangat tak familiar, tak pernah kukunjung, tak pernah kutahu. Hati mula dilanda debar.
Papa pula pada masa itu tengah membentangkan pasal solution untuk aircond di rumah baru. Makin lama makin menjadi angin lalu suara Papa; dah tak berapa dengar di telinga dok memikirkan "Ada orang fraud-kan credit card aku ke? Damn it!"
Aku kerat sekejap semangat Papa yang sedang berkobar dalam pembentangannya itu, aku tunjukkan sms nan dua. Sah, sms dari bank tapi pembelian bukan oleh pemilik kad. Bukan aku yang membeli. Aku tidak bermimpi membeli! Aku tidak berhalusinasi! Aku tidak membuat pembelian itu, muktamad!
Segera aku telefon bank. Memang pasti ada transaksi baru berlaku, dan ianya bukan oleh aku. Kad kredit telah dimatikan serta merta. Kad baru akan di hantar kemudian. Refund untuk pembelian secara fraud akan diuruskan dengan aku perlu mengisi borang.
Pheewww! Nasib baik cepat! Nasib baik nilai fraud cuma sedikit! Pembelian USD205 tu tak lepas, sebab code dapat kat aku. Hanya lepas USD8.56 sahaja, pembelian ini mungkin menggunakan system yang tidak memerlukan code Syukur. Minimal damage.
Bersembang dengan Papa, celah mana dapat di-fraudkan kad aku itu? Dah lama juga tak buat transaksi kad kredit secara perlu memasukkan nombor kat dan nombor sekuriti kad kerana lebih mudah membuat bayaran melalui Paypal. Ada kemungkinan juga masa membuat pembelian atas talian yang lepas-lepas. Tapi dah lama kot, baru sekarang dapat detect detail kad aku? Atau fraud semasa aku buat bayaran di kedai dan ada mangkuk ambil detail kad kredit. Entah lah. Tapi bukan main lagi pembelian kau ye, dalam USD sahaja!
Lalu sentiasalah berhati-hati dengan pembelian secara online juga ketika membuat pembayaran di kedai menggunakan kad kredit. Gunakan hanya system pembayaran yang selamat, seperti yang memerlukan code untuk meneruskan proses pembayaran. Kalau bayar di kedai pula, pastikan kad kredit sentiasa di depan mata kita. Mungkin perlu membuat bayaran dengan sendiri bangun dan pergi menyerahkan kad di cashier, bukan melalui waiter. Mungkin.
Selamat berhati-hati.
No comments:
Post a Comment