Wednesday, October 15, 2014

Annual Concert 2014

Dan hari itu, yang hari-hari direngek untuk memakai sepatu hitam baru dan berbedak bergincu seperti mommy, pun tiba. Malamnya semua dikerah untuk tidur awal seperti hari-hari bukan hujung minggu, supaya semua dapat bangun awal dan bersiap dengan tidak tergesa-gesa. Lokasi konsert tidaklah jauh tetapi siapakan tahu apa yang bakal menanti di tengah dan tepian jalan. It turned out to be true. Ada pula jalan yang ditutup, menjadikan beberapa jalan hanya boleh dilalui dengan satu arah sahaja. Lokasi konsert yang tidak familiar juga menyebabkan ramai ibu bapa yang tersangkut dan menjadikan konsert hanya bermula 45 minit dari masa yang dijadualkan. Makanya, kami yang sampai tepat jam 11.45 pagi ini, perlu menunggu sehingga jam 2.00 petang baru acara bermula.

Eh. Cepat sangat pula bercerita engkau ini, tahu-tahu dah sampai ke lokasi konsert. Haha.

Pagi itu. Opah tolong masakkan nasik lemak, bekal perut anak cucu supaya tak lapar sehingga nak menyampai penyudah konsert. Konsert dijadualkan pada jam 12.30 tengahari hingga 3.00 petang. Mommy bawa juga bekal pisang sebiji dua, walaupun anak-anak akan disediakan snek ringan oleh cikgu-cikgu, tapi perut mak pun sama manja tak boleh lapar. Mau migrain karang kalau makan lambat.

Menyiapkan anak-anak pun mudah, lancar saja. Walaupun nak mengenakan gincu pada bibir Eivie ya Allah, kelakar betul. Orang suruh buat aaaaaa dia buat aaaooooaaooooo. Bibir dah la kecil, main calit je lah mana yang dapat. Puji je cantik cantik very nice very nice dia terus ok. Lipstick mak kau pulak ada warna cair-cair je, dah nak habis pula. Terpaksa pinjam lipstick Opah sikit. 

The assembles. Semua costumes, sekolah sediakan, Kasut dan stokin sahaja mak pak kena sediakan.

Orang yang tak berapa pandai pakai gincu, memakaikan orang lain memakai gincu. Lantak.
Pukul 11.10 begitu, bergerak lah kami ke lokasi konsert. Dalam kereta kena pastikan Eivie tak tidur. Kalau dia dah tidur dan disuruh bangun, ada potensi menjadi amukan sebab tak cukup. Mood Eivie adalah salah satu perkara yang perlu dijaga pada hari itu. Kalau tak, mungkin ada kejadian meraung di atas pentas. 

Sampai-sampai je dah hampir 11.45 pagi; yakni masa yang tertulis dalam guidelines untuk parent hantar anak-anak ke belakang pentas sebagai persediaan. Melihatkan tak ramai parents yang datang, mak budak-budak ni pun ambil kesempatan untuk buat final touch up. Tahu sajalah kalau dah keluar dari kereta, baju, seluat, skirt, rambut, semua senget. Tudung mak pun senget, sikit.



Dan kemudian berduyun-duyun lah kami ke belakang pentas, menghantar budak-budak. Masih kelihatannya cikgu-cikgu semua sedang sibuk membuat persiapan. Khabarnya telah dijadualkan pada hari yang sama adalah hari untuk konsert oleh beberapa cawangan yang lain juga. Cawangan sekolah budak-budak ni mungkin yang kedua atau ketiga. Perlu ambil giliran untuk membuat persiapan.

Dan apa lagi, sementara menemankan budak-budak di belakang pentas, mak bapak pun buat lah beberapa perkara yang perlu.



A ah. Perlu SANGAT aktiviti bergambar di belakang pentas macam ni. Kakakaka.

To the advantage to get Eivie to familiarize with the stage. At this point I had the feeling that she would not create any scene during her performance slot. 
Dan kemudian kami beralih ke tempat penonton, meninggalkan kanak-kanak berdua ini.

Menanti menanti menanti menanti menanti. Risau juga hati kalau budak-budak ni tak senang dan bosan menunggu lama. Bosan -> tak de mood -> tak mahu menyertai pesembahan. Kasihan cikgu dah buat segala persiapan. Crossing our fingers dan akhirnya konsert pun bermula.

Dimulakan dengan Eivie. Ramai yang tak sabar nak menantikan persembahan oleh Eivie ni, haaa.. 

I did say that she won't create any scene while performing, right? Yes, she didn't! Alhamdulillah. But it's just too literally that she did not do anything at all but just standing!

Tu, yang paling kanan, yang could not bother much.
My poor little baby!
And here's the video, capture by her Uncle Pi. You can watch up until the end of the performance, but she would still remain the same; standstill.



Ya Allah! Kesian pun ada, kelakar pun ada. She's still not even 3 years old, these whole things about getting on the stage and performing and getting big clapped from the audience, might scare her. That's what I was afraid about. Dia tak nak dance tu aku tak kisah, she'd always act depend on her mood. Tapi tu la, I didn't want this to contribute to her list of bad experiences thus affect her mental and emotion development. I hoped not. I might be all dramatic and exaggerating but yeah, that's what mothers do.

Another good thing was that she did not cry until end of the performance. Tapi masa aku jemput dia di belakang stage, mata ada bergenang air sedikit la. Hugged her tight and told her she did a good job and everything was going to be ok and mommy's here baby! Air mata aku pun bergenang sikit (mengada). Teachers were all fine about she didn't dance. What did you expect, kan. She was the youngest. Dia nak naik dan tercegat atas stage tu pon dah cukup baik. Daripada dia lari ke bawah mendapakan mak dia.

Got back to our seats, and waited for Eirsa's performance slot; 4 slots away from Eivie's. When we asked her why she did not dance. She simply said, "I don't want." Rasanya ok lah jawapannya begini, daripada katanya takut ke, I want mommy ke ye dak? Too cool, baby, Too cool.

In the meanwhile, captured and gave big claps to other participants too, they did great job at this young age.



And there came my Eirsa. YOU CAN DO IT, BABY! Biasalah, mak bapak over. Lantak.

Menjadi lumrah, tak senang duduk mak bapak budak tengok anak masing-masing nak perform. But I quite disagreed with the choreography; berderet budak-budak berbaris ke belakang. Anak-anak yang di belakang tu tak berapa nampak, until they did some formations. Dapat lah nampak sikit. Mungkin disebabkan anak aku kena letak kat belakang, aku bising lah sikit ye dak. Cuba cikgu letak anak aku kat depan, tak de la pulak complain. Eh. Tak juga. I believed the teacher could better on kids placement during the show since they knew well that mak bapak mesti mesti MESTI nak tengok anak masing-masing masa buat persembahan. So, kalau dibariskan anak-anak tu di selebar-lebar stage, lagi bagus. Tak pe lah, I hoped they would improve in this segment. The teachers had done a great job organizing this event pon, kan.

Still, I was glad she did enjoy herself during the performance. Kami duduk di depan sekali, ada potensi budak ni tak nak perform bila nampak mak bapak opah and adik dia kat depan. But nah. She's so composed and so determined to entertain us. 

Ini yang dah penghabisan. Before they took a bow.

Semangat weh berjoget. Kadang-kadang dia akan memandang ke hadapan mencari kami dan kami terkinja-kinja melambai kembali.

And the video. Eirsa yang di kumpulan belakang, kanan. Rambut paling pendek, goyang paling comel. "We are so proud of you, baby! Weeeeewit!!" Pada hampir pengakhiran video, kelihatan Eirsa tersimpul simpul senyum nya sambil melambai pada kami. Yeah! Keberanian seperti ini yang kami mahukan! Go baby, go! (Tak sudah-sudah over nya mak bapak)


Dan acara kemuncak tahunan ini diakhiri dengan majlis penyampaian sijil kepada murid enam tahun dan majlis sukaria (read : berlari, melompat, menjerit, menyanyi, dan juga tidur, seperti Eivie) oleh murid-murid lain di bawah pentas.


Graduation ceremony.
Sementara menunggu habis majlis graduasi.
Eirsa and Ibrahim Shabin.
Alhamdulillah. Settle satu benda penting untuk tahun ini. Matlamat tercapai bilamana anak-anak gembira (dan sorang tak berapa nak endah) dan memperoleh pengalaman baru yang menyumbang kepada perkembangan menttal, emosi, rohani dan jasmani (amboi). Eivie's participation is more than sufficient for her at this age, bak kata Papanya at least she participated and had got to wear cute costumes too. InshaAllah, tahun hadapan ada lagi dengan Eirsa sendiri yang akan menyertai majlis graduasi. Bagaimanakah chaotic nya? Sama-sama kita nanti!

4 comments:

~SaTo OrEo~ said...

comelnya eivie.. tapi sangat cool sebab tak nangis atas tu... :D

Ahsuez said...

Syukur kan, Sato? Hahaha..

Amyz said...

Alo.. Cute sangat..!!

Ahsuez said...

Amyz, proud mommy moments gitu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...