Friday, February 18, 2011

Cerita Tentang Seorang Penuntut Ilmu Yang Cintakan Muzik

Aku ni jenis selalu lambat masuk kelas tuisyen. Setiap kali masuk kelas, semua kerusi dah penuh. Selalunya ada satu je kerusi kosong. Kerusi sebelah minah tomboy.

Aku tak tahu samada memang dah takdir ataupun orang lain takut nak duduk sebelah minah tomboy tu. Minah tomboy ni minat benar dengan KRU. Setiap kali datang kelas pakai t-shirt KRU. Masa tu mungkin t-shirt dia nampak hebat & cool. Tapi bila difikirkan semula sekarang, t-shirt yang dia pakai tu tahap entah hapa-hapa je.

Asalkan ada peluang, dia mesti nak cerita pasal KRU. Cerita pasal dia pernah pergi konsert KRU. Dia pernah jumpa adik-beradik KRU. Pasal dia dah hafal semua lagu-lagu KRU termasuk step tarian. Rasanya kalau ada pentas depan kelas tu mesti dia dah tergedik-gedik demo step tarian ala KRU.

Kalau dah setiap minggu melayan dia pasal KRU, aku pun naik meluat. Aku rasa orang bukan takut nak duduk sebelah dia. Tapi orang sebenarnya menyampah nak duduk sebelah dia.

Walkman dia cuma pasang lagu KRU. Satu hari dia tunjuk kaset-kaset KRU dalam beg. Buku tuisyen ada sekeping dua je. Beg berat sebab penuh dengan kaset. Tak ada ciri-ciri ketokohan seorang ilmuwan langsung.

"Alah, setakat kaset. Aku peminat 4U2C ni lagi canggih. Gantung CD kat leher. Aku cuma tak pakai kat kelas je" kata aku yang sudah berbulu.

Sejak hari tu dah tak ada lagi kerusi kosong untuk aku sebelah dia.


Nota: Happy 19th Anniversary, KRU! Korang memang legend. Aku masih simpan 2 kaset original KRU.

4 comments:

Ahsuez said...

Ok. Nasib baik. :D

tentangseseorang said...

siapa KRU?
hehe

*ayat carik gaduh dengan Ahsuez.

ahahaha

Ahsuez said...

Bro J, boleh gaduh, but not this time la. Since this entry was posted by Samurai. It's all about him :D

But I was crazy about KRU jugak, zaman tshirt gelobos dulu.

tentangseseorang said...

wah...so samurai pun suka KRU??? damn i thought he was with me.

so samurai, siapa KRU? ahahahaah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...