Wednesday, January 15, 2014

33 Tahun Punya Cerita (Fast Forward Version)

1) Mak aku dulu tak perasan mengandungkan aku sampai kandungan 5 bulan. Sebab masa tu kakak aku baru je umur 9 bulan.

2) Mak aku dulu terpaksa bersalinkan aku atas troli hospital sebab aku ni jenis tak sabar nak tengok dunia. 

3) Tapi nasib baik juga perangai gelojoh aku macam tu, tak perlu mak aku nak rasa sakit bersalin lama-lama. SAKIT GILA OI!

4) Dalam kepayahan mak yang ibu tunggal nak jaga anak semua, alhamdulillah, kami adik beradik semua ok, dan menjadi. Tidaklah mewah tapi alhamdulillah, tak seorang pun yang menyusahkan keluarga, agama, masyarakat dan negara.

5) Harapnya dalam 33 tahun ini (dan masa akan datang), aku tak susahkan mak sangat. Aku tau aku bukan anak yang baik sebaik-baiknya. Kau tahu lah simtom anak yang tengah, seorang abang, seorang kakak, seorang adik perempuan, seorang adik lelaki. Yang paling ketara, perangai degil.

6) Harapnya aku takkan lupa semua jasa mak, bermula dari mak mengandungkan aku, mak kena pulak menahan daripada tak terbersalinkan aku dalam kereta, saaaaampai lah sekarang. Banyak oi 'hutang' aku kat mak 

7) Terima kasih Allah sebab bagi aku rezeki nak ke sekolah menengah berasrama yang perbelanjaannya ditanggung penuh (dapat bantuan pelajar miskin), kemudian dapat pula biasiswa masa di universiti. Tu pun masa sekolah menengah dalam keadaan yang masih tak peka dan tuli dengan kesusahan mak, aku kadang-kadang minta jugak mak duit nak beli benda yang lebihnya sebab terikutkan kawan. Dan kemudian mak jugak la nak hadapkan aku ni nak bertunang, kahwin dan masa nak bersalin pun mak jugak datang hospital temankan dan jaga dalam pantang.

8) Moga mak ampunkan semua dosa aku yang aku tau bukanlah sedikit malah mungkin sentiasa bertambah.

9) Harapnya Allah makbulkan doa aku nak bagi mak rasa benda-benda yang indah kat dunia ini dan doa aku supaya Allah menjaga mak aku di akhirat nanti.

10) Harapnya Allah bagi aku segala peluang, kekuatan, ketabahan, kewangan yang cukup, untuk menjaga mak masa mak dah tua nanti, dalam keadaan yang selesa. By all means, she deserves it.

Amiiin.

Happy birthday, dear me.


Friday, January 10, 2014

Bowling, Eirsa and Eivie's First Time!

Well, Eivie bukan lah menghiraukan sangat permainan bowling ni. She's more running here and there, touching as many things as she could and achieving her best escape of 1/4 of a bowling alley. Dalam sekelip mata, ok. Dalam pada dia dekat depan papa tengah tengok bola bergolek, ok. Nasib baik papa sempat kejar dan tergolek atas lane. Lane tu kan ke licin. Haih.. Eivie.. Eivie..

At first she said, "Eirsa sit here only. Papa and mommy mayen (main), ok?" Tapi lepas dapat golekkan bola sekali, terus addicted. Longkang pun longkang lah. 80% of the games pun masuk longkang, but she enjoyed it! Tapi dia tak reti nak grip dan lempar lagi, tak pe, next time. Mommy pun tak plan nak bawak selalu, so tunggu lah beberapa bulan lagi, kot la masa tu jari dah besar dan kuat sikit.




 



Wednesday, January 8, 2014

Baking Projects, Our First Time!

Rumah kami tak dak oven. Microwave oven tu bukan oven sejati ye.

Oleh itu, tak selalu lah kami membakar kek.

Bakar kek guna periuk nasi ni dah lama dah tau. Sejak dari beli periuk nasi, iaitu 4 tahun lepas. Ni baru terfikir nak bake, tu pun sebab nak ajak Eirsa join sekali.

Eirsa tak de la kelihatan teruja sangat, sebab dia tak gemar sangat benda-benda yang comot ni (buat sepah rumah tak pe, sebab tak kena kat dia comot-comot tu, kena kat lantai, dinding, almari and whatnots je. pffftt.) Tapi aku yang teruja. Sebab nak tahu keputusan macam mana. Turned out menjadi weh! Not bad at all! Boleh tahan sodap, walaupun tak rasa pisang sangat sebab aku pakai pisang Dole kot. Tak pe, next time boleh cuba lagi.

Cream cheese aku beli instant je, gasak.











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...