Thursday, May 22, 2014

Eirsa's Sketches

Like your kids, my 5 yo pun dalam peringkat suka melukis dan menulis. Masa mula-mula tahu menulis, asik menulis je kerja, well, more to menconteng. Kemudian pandai menulis, kemudian pandai melukis. Pandai here means apa yang dilukis tu kau boleh la nak tafsirkan. So being a biased mommy obviously, I use the word pandai. Gasak.

Tapi tang mewarna, tak perlulah bercita-cita tinggi nak hantar dia ke pertandingan mewarna. Memang tak de kesobaron dia nak warna cantik-cantik. Dulu lagi la, lukisan entah ke mana, warna entah ke segala tempat. Markah ujian mewarna Eirsa mau ada yang dapt separuh. Itu pun kira untung teacher nak bagi markah kesian. Lama-lama ok sikit. Dan skill mewarna dia nampaknya terhenti sampai level ok sikit je. Tak kisah la sangat pun sebenarnya.

Lately dia sangat sangat suka melukis. Or if I can say, she loves to sketch. Not necessarily be super pretty but most of her sketches are comprehensible. She can even sketch gambar orang lidi tak tahan nak kencing, ok! Hahaha. So cute, so making-me-proud (well, as a mommy, what else), so helpful. Helpful in the sense that being gadget-less (parents' phones are for parents only. hah hah hah..) our dining-out can be sometimes disastrous. Mula-mula memang kelam-kabut tapi lama-lama ok. Sebab tu when she starts sketching (and Eivie starts scribbling. Gasak janji dua-dua sonyap), our dining-out sessions are more enjoyable.

Bukan kata kami mak bapak anti-bagi-anak-main-gadget, tapi buat masa ni budget yang diperuntukkan untuk menggembirakan anak-anak masih ke arah lain, bukan gadget. Pendek kata, bukat setakat budget nak beli iPad untuk anak-anak belum ada lagi, budget untuk beli gadget mak bapak (selain handphones) pun tak pernah diadakan lagi. Opah and atuk Eirsa ada iPad, boleh la mereka menumpang manja. Kakakaka.

And I love Eirsa being more expressive through her sketches.

Ini adalah antara hasil kerja Eirsa. Tafsirkan.

(ada banyak gila lagi tak larat aku nak scan, kadang-kadang berulang gambar-gambarnya).














Tuesday, May 20, 2014

Bontot, Bonta dan Perang.

Apakah itu 'bonta'?

Bonta adalah satu perkataan yang dicipta oleh si dua tahun lebih Eivie. Asalnya pada satu-satu ketika dia sangat suka sebut perkataan bontot. Entah kenapa sedap bebenor agaknya sebut perkataan bontot lalu segala perkara yang disebut akan dikaitkan dengan bontot. Yang paling selalu "Mommy bontot." I die.

Oleh itu, setelah ditegah beberapa kali (tegahan yang paling laku : Eivie cannot say bontot, saying bontot is not nice.), beliau masih lagi cuba menggunakan perkataan bontot. Namun begitu, setiap kali terkeluarnya suku kata 'bon', mommy akan memberi renungan tajam atau meng'Eivieeee-nak-cakap-apaaaa?'kan beliau, beliau akan terus menukar perkataan bontot kepada bonta. Lalu sehingga kini perkataan bonta menjadi kegemaran.

Kadang-kadang, si lima tahun Eirsa juga turut mahu menceburkan diri dalam kegembiraan penggunaan perkataan bonta ini. 

Contohnya pagi tadi. Dalam kereta, seperti sehari-harian anak-anak berdua ini mengharungi kesesakan trafik di Kuala Lumpur dari rumah menuju ke taska.

Eirsa menyebut-nyebut perkataan bonta dalam kegembiraan. Sekonyong-konyong Eivie menyampuk, "Bonta is not nice." 

Eirsa lawan, "Bonta is nice, bontot is not nice." 

Eivie sahut, "Bonta is not nice." 

Eirsa mengadu pada papa, "Papa, bonta is nice, bontot is not nice, kan?" 

Papa balas, "Yes." 

Eivie masih mahu menyahut, "Bonta is not nice." 

Eirsa berusaha lagi, "Eirsa dah ask papa, papa said bonta is nice."

Eivie, masih lagi, "Bonta is not nice."

Dan anda boleh bayangkan aksi perang mulut seterusnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...