Tuesday, May 20, 2014

Bontot, Bonta dan Perang.

Apakah itu 'bonta'?

Bonta adalah satu perkataan yang dicipta oleh si dua tahun lebih Eivie. Asalnya pada satu-satu ketika dia sangat suka sebut perkataan bontot. Entah kenapa sedap bebenor agaknya sebut perkataan bontot lalu segala perkara yang disebut akan dikaitkan dengan bontot. Yang paling selalu "Mommy bontot." I die.

Oleh itu, setelah ditegah beberapa kali (tegahan yang paling laku : Eivie cannot say bontot, saying bontot is not nice.), beliau masih lagi cuba menggunakan perkataan bontot. Namun begitu, setiap kali terkeluarnya suku kata 'bon', mommy akan memberi renungan tajam atau meng'Eivieeee-nak-cakap-apaaaa?'kan beliau, beliau akan terus menukar perkataan bontot kepada bonta. Lalu sehingga kini perkataan bonta menjadi kegemaran.

Kadang-kadang, si lima tahun Eirsa juga turut mahu menceburkan diri dalam kegembiraan penggunaan perkataan bonta ini. 

Contohnya pagi tadi. Dalam kereta, seperti sehari-harian anak-anak berdua ini mengharungi kesesakan trafik di Kuala Lumpur dari rumah menuju ke taska.

Eirsa menyebut-nyebut perkataan bonta dalam kegembiraan. Sekonyong-konyong Eivie menyampuk, "Bonta is not nice." 

Eirsa lawan, "Bonta is nice, bontot is not nice." 

Eivie sahut, "Bonta is not nice." 

Eirsa mengadu pada papa, "Papa, bonta is nice, bontot is not nice, kan?" 

Papa balas, "Yes." 

Eivie masih mahu menyahut, "Bonta is not nice." 

Eirsa berusaha lagi, "Eirsa dah ask papa, papa said bonta is nice."

Eivie, masih lagi, "Bonta is not nice."

Dan anda boleh bayangkan aksi perang mulut seterusnya.

3 comments:

Amyz! said...

*pengsan*

~SaTo OrEo~ said...

hahah aku memahami.... mmg tak berkesudahan..dua2 tanak mengalah.. kalo si hero ni lagik la main belasah2.. (urut kepala) :D

Ahsuez said...

Amyz & Sato.

Memang. Nasib baik dua orang ni jenis kalau kena marah dengan papa, terus diam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...