Monday, March 26, 2012

Ketidakselesaan Bayi, Mengapa dan Bagaimana.

*Berdasarkan pengalaman saya.

Sewaktu dalam tempoh berpantang, kebiasaannya apabila bayi tidak selesa disebabkan apa jua sekalipun satu-satu reaksi yang diberikan adalah menangis seperti mahu menyusu. Padahal baru sahaja menyusu dengan banyak sekali. Akibatnya, ibu yang mahu menenangkan bayi tadi menyuakan lagi susu kepada bayinya dan bayi akan meminjm sambil menangis atau meronta atau meminum susu sehingga memuntahkan separuh atau kesemua susu keluar akibat terlalu banyak menyusu.

Ya. Saya juga melakukan kesilapan yang sama.

Setelah dicuba beberapa kali, rasanya mungkin cara ini dapat membantu ibu-ibu dalam menenangkan bayinya yang menangis akibat tidak selesa.

1) Sekiranya memang sudah sampai waktu menyusu (setiap 2-3 jam), berilah susu kepada bayi tanpa ragu-ragu.

2) Sekiranya bayi masih gelisah atau menangis, pastikan perut bayi tidak kembung atau ambil langkah sewajarnya sekiranya bayi kembung. Sekurang-kurangnya saya akan sapukan minyak bayi sebanyak dua kali sehari, iaitu pagi dan petang, di perut dan belakang bayi.

3) Jika tiada tanda-tanda bayi akan tenang, pastikan pula lampin bayi tidak basah atau kotor dek kencing atau tahi. Tukar sekiranya perlu.

4) Jika masih lagi tidak selesa, pastika pakaian bayi tidak basah atau apa sahaja keadaan tidak selesa. Juga mungkin berkaitan dengan suhu (gantikan pakaian yang sesuai dengan suhu pada ketika itu).

5) Dan sekiranya bayi masih lagi tidak senang, ada kemungkinan puncanya adalah kerana bayi sebenarnya mengantuk dan tidak dapat melelapkan mata sendiri atau terperanjat akibat bunyi kuat. Peluk dan dodoikan sehingga tidur bayi anda, inshaAllah. Boleh juga dibacakan ayat-ayat Al-Quran yang sesuai, semoga Allah memudahkan tidurnya. Posisi menidurkan (dukung, pangku dan sebagainya) bayi juga perlu pelbagai kerana satu-satu gaya itu mungkin "laku" kali ini dan tidak pada waktu lain. Setelah betul-betul lena (mungkin dalam 15 minit), letakkan bayi di atas tilam pada posisi meniarap atau dibedung jika terlentang untuk tidur yang kurang terganggu (berkesan pada anak-anak saya).

Untuk perkara 5, ada yang berpendapat tidak harus dibiasakan bayi untuk tidur dengan didodoi atau dukung. Pada saya, dalam tempoh berpantang, bayi masih lagi belajar menyesuaikan diri dengan dunia baru dan masih rasa tidak selamat. Pelukan dapat membantu bayi tadi lebih selesa. Dan keadaan ketidakselesaan bayi bukannya terjadi sentiasa, oleh itu sewaktu bayi tidak meragam, boleh ditidurkan bayi dengan cara yang anda rasa tidak akan menyukarkan ibu bayi di kemudian hari.

InshaAllah.

Till then.

3 comments:

Amyz! said...

Baby nak comfort. Dia nak berada dalam dukungan, sebab dia nak rasa selamat. :-)

Alam dulu, peh, tidur berdukung. Letak atas tilam je menangis. Haha. Sebab tak larat nak dukung, beli ring sling. Masa tu konon tak mahu ajar anak tidur buai. Last2 lepas habis pantang, masuk buai juga. Haha.

kingbinjai said...

Bayi akan lebih cepat tifo jika didakap

Ahsuez said...

Ye Amyz, dah besar elok je kan? Masa kecik memang macam-macam ragam.

Betul King. They need assurance to feel secure.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...