Friday, May 6, 2011

Aiskrim Sihat (Kot?)

Dah lama dah dok dengaq orang hingaq pasai eskrem ni, laih laih dan la gak pi terai..

Tak. Kedai nya kat KL je pun, saya saja gedik nak cuba loghat Kedah. Sila jangan benci saya sebab loghat main balun je.

Beli aiskrim ni, kena ambil cawan kertas, pam pam pam keluar aiskrim pelbagai perisa (nak campur boleh, suka hati hang lah nak campoq kot mana pon), di mesin aiskrim. Kemudian, tabur tabur tabur penambah rasa seperti coklat, serdak biskut, buah-buahan dan macam-macam jajan hancur sedap yang lain. Kemudian, beratur pula untuk membayar. Depa guna timbang gram. Saiz yang kami makan ini, purata harga aiskirm campur barang pencantik dan penyedap lain adalah RM10.

Boleh tahan. Saya cuba perisa triple berry (kemudia menyesal tak campur perisa lain dan pau aiskrim orang lain), Suami cuba perisa vanila campur coklat and in laws had combination of 2 other flavours too. Kalau ikutkan, perisa nya ada banyak, tapi pada satu-satu masa, mungkin ada 8 pilihan sahaja, memandangkan hanya ada 8 mesin aiskrim sahaja (di One Utama).Tapi bagi hati kecil saya, nikmat makan aiskrim ini tidak sama dengan rasa memakan aiskrim tradisional. Bukan maksud saya aiskrim tradisional yang dibuat secara tradisional mahupun dengan menggunakan tangan, tapi conventional ice cream yang biasa dijual itu.

Kalau rasa mahal, sila kumpul duit dan cuba! Tak cuba tak tau, tau! Maklumat tentang lokasi kedai, sila klik sini.


P/S : Di Tutti Fuitti One Utama, sekiranya anda memiliki One Card, anda akan mendapat potongan harga sebanyak 5%. Or 10%? Saya tak ingat. *tepuk dahi*

It's A Fact : Frozen yogurst was introduced in New England in the 1970s as a soft serve dessert by H. P. Hood, under the name Frogurt. (Source : Wikipedia)

3 comments:

tentangseseorang said...

pernah try di Times Square, layan berdua dengan Azib. DIa kata sedap saya kata tak sedap. Dia kata, 'takpe, abg ady takyah makan. biar Azib habiskan semua'. Aku, 'Eh?'. Terus tak dapat balun suapan yang ke3. ehehehe

Ahsuez said...

Tak pe, boleh second or third or fourth round.

Ahsuez said...

Hahaha.. Second round bro.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...